Manusia nie macam2 perangai kan? Macam2 jenis, mcm2 kerenah dan mcm2 sifat. Korang mesti pelik kan napa tetiba aku membebel pasal manusia kan?Herm...entahlaaa....aku belek2 facebook, aku tgk profile orang. Ada sesetengah yg aku baru kenal, sudah kenal dan penah kenal. Dlm dok belek-belek2 aku terfikir, mmg betul kata org, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Kena pulak zaman moden nie, ramai yg rambutnya dah mcm2 kaler,dah tentu hati pon mcm2 warna, dak gitu?
Aku teringat ttg seorang hamba Allah nie. Yg pernah aku respek, yg penah aku sanjung dan penah aku jadikan role model. Tapi itu dulu....satu tika duluuuuuuuuu sebelum aku lebih mengenalinya. Sbb semakin aku mengenalinya, aku rasa semakin kurang keikhlasan dalam dirinya. Dan aku sedar, sesiapa sahaja yg sudah habis manis, boleh disingkir begitu saja dari hidupnya. Hebat bukan? Bukan nak buka aib,bukan nak memalukan,cuma kadang2 aku pelik, pelik dgn manusia yg sebegini. Yg merasakan diri mereka hebat dan gah di mata org lain, hanya kerana dikurniakan sediki t kehebatan dan ilmu. Hermm...mungkin harinya belum tiba, mungkin kerana dia sering bernasib baik dalam hidupnya, seringkali tuah mengiringi kehidupannya.
Tapi, aku pernah dengar rungutan dari mulutnya yg suatu tika dahulu dia bukanlah seorang yg punya ramai kawan. Setiap persahabatan, pasti akan berakhir. Dan pengakhirannya, dia yg terasing dari kumpulan rakan-rakannya. Bila aku bertanya mengapa, hamba Allah ini enggan menjawab. Tiada jawapan pasti yg keluar dr mulutnya. Cuma kesalahan tetap ditujukan kepada pihak lain, bukan pada diri sendiri. Dan aku tika itu,hanya mengiakan...kerana pada pandangan mataku ketika itu, dia seorang yg cukup bagus dan elok budi pekerti.
Semakin hari aku mengenalinya,semakin rapat...semakin banyak yg aku ketahui dan semakin banyak yg aku kenali ttg dirinya. Pernah suatu tika dahulu, seseorang pernah bercerita padaku disebabkan oleh hamba Allah ini, seorang gadis menjadi mangsa bahan fitnah, kononnya ingin memikat hati seorang lelaki yg bergelar suami orang. Dengar kata, suasana ketika itu agak genting sehinggakan gadis itu dipandang serong,walhal hubungannya dgn lelaki tersebut hanyalah sekadar teman.
Ada juga kisah, kononnya hamba Allah ini cemburu sekiranya ada gadis/perempuan lain yg lebih cantik darinya.Hahahah..kelakar bukan? Tapi, kata pencerita, dahulu hamba Allah ini tidaklah terlalu cantik dan bergaya,cuma sejak dia belajar n menghadiri grooming class,semuanya berubah. Sekarang, sudah tahu membeza-bezakan taraf kecantikan. Yg vouge jadi pilihan, yg kurang menyerlah jadi umpatan dan bahan tawa. Kalau ada yg lebih darinya, maka...berjaga-jagalah. Tidak cukup dgn kecantikan, dgr kata hamba Allah ini mmg tidak suka sesiapa lebih darinya.herm....nampak mcm pelik bukan??
Dan,satu sikap yg paling ketara yg terjadi di hadapan mata ku ialah,setiap pertolongan yg diberikan akan diwar-warkan secara terbuka, seolah-olah ingin diberitahu seluruh dunia. Dicanang pertolongan yg diberi, membuatkan aku terdetik, di mana letaknya keikhlasan hamba Allah ini? Bukan tiada org lain yg memberikan bantuan tapi mereka hanya duduk diam membisu, yg mana bagi aku itu lebih mulia drpd memberitahu segala kebaikan yg dilakukan seolah-olah ingin 'show off'.
Tidak cukup dgn itu, pernah dia melahirkan hasrat utk menutup periuk nasi org yg bagi aku cukup-cukup tidak bersetuju. Bukan bermakna aku ingin menunjuk bahawa aku ini baik, tapi masih ada cara lain utk kita menyelesaikan sesuatu masalah selain drpd menutup mata pencarian seseorang. Bagi aku, rezeki itu milik masing2 dan jangan kita berlaku kejam sesama kita. Biar marah atau benci sebagaimana pon kita dengan seseorang, jgn lah kita putuskan pintu rezeki seseorang.
Org kata,kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa. Bukan seorang dua yg bercerita padaku, kononnya mulut hamba Allah ini boleh tahan cabulnya. suka bercerita yg kadangkala sebenarnya hanya fitnah yg tersebar. Tanpa mengetahui kebenaran (tapi bagi aku, sengaja dibutakan hatinya dan perasaan tentang sesuatu kebenaran wpun dah dinyatakan), disebarkan kisah hidup orang, direka bagaikan filem dan bahan canangan. Tidak cukup dgn itu, orang sekeliling dihasut secara halus agar meminggirkan insan-insan yg dirasakan olehnya boleh menggugat hidupnya. Yg paling mengjengkelkan.............
dan terserlah kebudak-budakkan, Facebook menjadi tempat utk melampias semua kepuasan dan kutukan, seterusnya di'unfriend'kan, aneh kan? Tidak cukup Facebook, YM turut jadi medium perantaraan. Keburukan dan kejahilan orang dilampiaskan secara terang-terangan,walhal sedar kah dia secara tidak langsung dia hanya membuka pekung di dada.Aku hanya tersenyum sendiri melihat sikap hamba Allah ini. Hai....terserlah sungguh ketidak matangannya.
Aku cuma doakan yg terbaik buatnya. Kini, aku sendiri hidup jauh darinya. Buat mereka yg pernah rasa teraniaya, nasihat aku janganlah korang putus asa.Teruskan usaha, insyaallah Allah tue ada bersama-sama kita. Tahu di mana letaknya kebenaran. Dan rasa hormat aku untuk hamba Allah ini? Dah lama aku buang jauh-jauh, kerana bagi aku dia tidak layak untuk dihormati atau disanjungi. Aku sering ingatkan diri ku, hidup kita nie mcm roda. Kalau hari nie kita buat pada org lain, satu hari nanti kita juga akan mengalami kesengsaraan yg sama. Sekian.
Pages
About Me
- Iera Ariza
- A Wife? Mother? Lover? Career woman? Counselor? Bionic Women? 'Tiger'? It's all me....
I can be as cool as ICE and as fierce as LION. I can be a very LOVING person and I can be the person that you HATE most.
I can be your BEST FRIEND, and also I can be you 'BEST' ENEMY.
My hubby always said to me "If you said you want sumthing, it means YOU REALLY WANNA HAVE IT!"
Well,thats what I am :))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semua resepi kat bawah nie aku dah buat ujikaji, dah cuba masak dan dah rasa kesedapannya. Yang penting, resepi kat bawah nie sume yang mendapat pujian hubby :)) Kalau korang nak cuba, jom share sama-sama. Apalagi....
Jom, kiter ke Dapur!
Say HELLO to My Princess, Nur Arisha Jessenia aka Acha

Aku ibarat pensil di atas kanvas...
Yang membentuk dan mewarnai kehidupan anakku....
Yang membentuk dan mewarnai kehidupan anakku....
Tapi kan.. apabila kita bercerita pulak pasal si dia ni.. bukankah sama mcm membawa mulut aka menabur fitnah?? Bukan apa, kadang2 kita melihat dan menilai daripada perspektif kita.. kita juga kadang2 mempercayai 100% apa yang diperkatakan oleh org lain.. sedangkan, kadang2 org2 yg memnyampaikan cerita tu juga telah membuat 'nasi tambah' terhadap ceritanya agar lebih sensasi..
ReplyDeletebukan marahkan sesiapa, daripada pengalaman saya.. pernah membenci seorang hamba Allah akibat mendengar cakap2 org.. rupa-rupanya, daripada 100% cerita, hanya 10% sahaja yang betul.. mujurlah Allah masih memelihara saya kerana saya masih belum 'menceritakan' hal hamba Allah ini kepada orang lain.. bayangkanlah, betapa besarnya dosa saya kalau saya cerita pada si B, si B cerita pada si C dan seterusnya...
Sehingga ke hari ini saya berpegang pada nasihat seorang rakan, hatta dosa penzina sekiranya dia bertaubat nasuha dan memohon keampunan pada Allah, Insya Allah akan diampunkan.. tetapi dosa fitnah .. panjang ceritanya nanti selagi kita tidak meminta maaf daripada hamba Allah tersebut..
Mungkin siempunye blog tak bermaksud untuk manabur cerita atau membawa maksud fitnah. Siapa yang dimaksudkan pun kita tak tahu sbb tak nampak pula sifat peribadi yg khusus diceritakan dalam cerita diatas.
ReplyDeleteTapi saya cukup bersetuju jika orang yang kita kenali tetapi pada masa yang sama mempunyai sifat & keperibadian yang tak berapa elok (yang nyata spt cerita diatas) harus dijauhi. Kita dah cukup dewasa untuk judge apa yang terbaik untuk diri sendiri & segala yang baik tu dijadikan tauladan. Mana yg tak baik tu dijadikan sempadan; boleh juga disampaikan kepada orang lain untuk pengajaran (spt usaha siempunya blog, saya percaya ceritanya adalah untuk memberi pengajaran); selagi usaha kita tidak membawa kepada unsur fitnah (bila dh jual nama, tu dah jatuh fitnah).
Kalau kita mampu tegur, tegurlah. Jika tidak kita doakan sahaja semoga dia berubah kearah yg lebih baik. Sedangkan Saidina Umar ketika kafir amat memusuhi Rasulullah & apabila Rasulullah mendoakan hidayah kepadanya, kemudian dialah sahabat Rasulullah yang paling akrab.
- Apek-
Buat baby, bukan niat untuk menabur fitnah. Seperti kata si anonymous, hanya secebis kisah untuk dijadikan renungan dan pengajaran. Moga kita dijauhkan daripada jadi seperti empunya diri.Kalau betul saya ingin mengaibkan, dah lama saya nyatakan siapakah empunya diri. Dan kerana itu baby, jika baby sedar, telah saya nyatakan tidak tahu sama ada benar atau tidak si pencerita. Saya hanya sekadar ingin berkongsi agar kita sama-sama renungkan dan pelajari.
ReplyDeleteBagaimanapun terima kasih buat Baby kerana memberi peringatan dan nasihat. Saya amat hargai :))