Huhuhu...puteri aku nan seorang nie amat keletah mulutnya. Umur 2 tahun dah pandai bercakap dan yang bagusnya dia dari kecik memang jenis tak pelat. Setiap buah butir dari mulutnya memang boleh didengar dengan jelas. Kalau bawak gie mana-mana, dia akan mendiamkan diri pada mulanya.Sampai orang selalu cakap..."Baiknyeeeer anak ko Iera..duduk diam je, suara pon tak dengar". Aku ngan hubby selalu senyum je. Sebab tahu 'enjinnya' belum panas. Tapi bila dia dah mula bukak mulut,huhuhuhuhu...semua orang terkejut dengar mulutnya. Petah, bak kata orang tua-tua jenis cakap terus sebutir-butir macam bertih jagung. Sapa-sapa yang cakap dia jenis pendiam, memang kompom ternganga kejap la...hehehe...
Skang nie dah nak 3 tahun 7 bulan, herm bertambah-tambah laaaa...Pok pek pok pek, tak berhenti mulutnya bercakap. Sampai mak aku pernah cakap..."Acha nie tak macam budak 3 tahun. Terlebih cerdik! ". Mana taknya, ada saja soalan yang nak ditujukan kat aku dan hubby, hinggakan kadang-kadang naik pening kepala dibuatnya. Kenapa macam tu, Kenapa macam nie? Apa tu? Apa ni? Bila? Kat mana? Adess....Tue belum masuk soalan mencabar yang tak tercapai dek akal aku. Pernah satu tika dia tanya aku:
Arisha : "Mama...baby duduk kat mana?"
Aku : "Baby duduk dalam perut laaa"
Arisha : Napa dia duduk dalam perut?"
Aku : "Sebab belum masanya dia keluar. Baby kan kecik lagi, nanti bila dah besar dia keluar la, pastu dia nangis uwekkk..uwek...uweek...cam Acha".
Arisha : "Baby duduk dalam perut nie ek, mama? Perut Acha pon ada baby jugak"
Aku : "Haa?? Perut Acha takde baby sebab Acha tak kawen lagi. Perut mama boley la ada baby".
Arisha : "OooOOoo...perut ayah? "
Aku : "Perut ayah tak boleh sebab ayah lelaki"
Arisha : "Oh..baby duduk dalam perut pompuan-pompuan je?"
Aku : "Ha'aah..perut laki tak boleh"
Arisha : "Kalau camtu, nanti bila Acha dah jadi baby, Acha nak duduk dalam perut mama laaa.."
Aku : "Ehh..Acha mana boleh jadi baby lagik dah. Acha kan dah besar. Acha kan dah jadik kakak-kakak".
Arisha : "Takpela...nanti esok bila Acha jadi baby Acha duduk la dalam perut mama"
Aku : "Tak boleyyy...sebab Acha dah besar. Kita akan jadi besar,bukan jadi makin kecik. Macam Acha..nanti Acha akan terus besar. Kaki Acha jadi besar, tangan Acha jadi besar...."
Acha : "OoooOoo..sebab Acha nak gie school?"
Aku : "Haaaaaaa...pandai pon anak mama. Acha kan nak pegi school dah so kena la jadi besar. Nanti kalau ada adik, adik Acha la duduk dalam perut mama. Pastu bila dah besar, dia kuar pastu dia gie school macam Acha jugak"
Acha : " OoooOooooo....."
Itu baru satu peristiwa. Kalau aku nak cerita,adoila...terlalu banyak. Bab tv, traffic light, kereta, masak, kek, buku, tempat, apalagi?Korang sebut jela...semua dia akan tanya sedetail-detail nya sampai dia betul-betul puas hati dengan jawapan aku n hubby. Tapi, alhamdulillah setakat nie kami akan cuba sedaya upaya menjawab walau penat mcmanapon sebab aku tak nak matikan perasaan ingin tahu dalam dirinya. Aku ingat pesan isteri bos mak aku dulu..."3-5 years, your daughter will ask u a lot of question n you have to answer. That is one of the learning process ". So, sedaya upayala aku ngan hubby melayan walaupon kadang-kadang tu naik biul pala otak nak menjawab,huhuhuhu...
Dan sebab tu jugak aku cari tips-tips yang aku boleh gunakan untuk mendidik dan melayan kerenah puteri aku nan sorang nie. Dan akhirnya aku jumpa satu artikel yang mungkin boleh dikongsi dengan korang semua. Selamat membaca dan mencuba!!
p/s kalau korang nak tahu, cerita traffic light kat bwah nie sebijik macam soalan Arisha pernah tanya kat aku n hubby..dan jawapan sama jugak pulak tue..nanti polis saman....huhuhuhuhu....
*****************************************************
Dipetik dari LAMANSERi
email : bawangmerah@gmail.com
Salam,
Hari ini saya ingin kongsikan artikel oleh Dato’ Dr Norlaily Dato’ Abu Bakar (NURY) yang sempat saya baca dan saya cuba terapkan ilmu ini kerana saya juga sedang mengharungi fasa yang sama, seperti dalam artikel tersebut.
Anak saya yang ketiga (Ilham Darwish) memang petah bercakap sejak usianya 1.5 tahun lagi. Sekarang usianya sudah mencecah 2.75 tahun dan kata orang Perak, sangat ‘beret’ mulutnya. Hari-hari ada saja keletah yang menghiburkan dan saya paling tak boleh tahan bila mulutnya bertanya bermacam-macam soalan yang kadang-kala agak mencabar akal saya untuk memberikan jawapan yang sesuai dengan usianya.
Suatu petang, dia berkata, “Kenapa ayah berhenti? Cepatlah jalan.”
Saya jawap [on behalf ayahnya], “Ayah berhenti sebab lampu isyarat merah. Kalau lampu merah, kita kena berhenti. Kalau lampu hijau, baru boleh jalan.”
Dia menjawap, “Eeee mama ni… boy tanya ayahlah. Boy bukan tanya mama…”
Seketika kemudian kami melalui lampu isyarat yang bertukar kuning dan suami memperlahankan kereta.
Anak bertanya lagi, “Kalau kuning?”
Saya jelaskan kepadanya, “Kalau kuning kita kena berjaga-jaga, perlahankan kereta dan berhenti sebab lepas ini lampu akan jadi merah. Merah kena berhenti.”
Dia seakan faham dan mengangguk-anggukka n kepala. Tak lama selepas itu, dia bertanya lagi, “Kalau tak berhenti?”
Dalam hati saya mengomel, “Banyak tanya betul budak nih…” tapi saya jawap juga, “Kalau tak berhenti, nanti polis saman.”
Dan perbualan kami meleret pula apa itu saman dan lain-lain.
Anak kedua saya yang berusia 3.75 tahun (Dania Sofea) juga tidak kurang hebat ‘beret’nya. Kadang-kala pertanyaannya benar-benar mencabar kesabaran saya… contoh :
Anak : “Mama, kenapa baby nangis?”
Saya : “Sebab baby kecil lagi.”
Anak : “Kalau baby dah besar, dia tak nangis?”
Saya : “Baby menangis sebab dia lapar.”
Anak: “Kalau baby tak lapar?”
Saya : “….hemmm…”
Dalam hati saya… “Aduh... mencabarnya. ..”
Ada sesetengah pertanyaan memang sukar untuk saya jawap, contohnya :
Anak : “Kat mana mama jumpa baby ni?” (sambil tunjuk baby yang berusia sebulan lebih)
Saya : “Mama jumpa di hospital. Mama bawa baliklah.”
Ha... ha…
Jika ditakdirkan pada hari itu saya larat melayan, saya akan layan juga pertanyaan mereka. Kadang-kala bila terlalu penat, saya cuba jawap juga walaupun acuh tak acuh. Kesian mereka seharian tak berjumpa, macam-macam soalan disimpan dan tunggu saya balik untuk bertanya. Memang kebiasaannya anak dalam lingkungan umur begini suka sangat bertanya. Soalan seperti, “Apa itu mama?” atau “Mengapa itu ayah?” atau “Bagaimana itu mama?” memang biasa keluar daripada mulut mereka.
Ramai ibu bapa kadang kala tidak terdaya melayan pertanyaan sebegini lebih-lebih lagi ibu bapa yang telah penat bekerja sepanjang hari. Jika tidak larat melayan karenah anak-akan ini, janganlah mereka dimarah, ditengking atau dimaki hamun. Ini akan membuatkan anak ini tidak akan bertanya lagi, malah mungkin akan terus mendiamkan diri atau cuba perkara lain, memberikan tumpuan kepada benda-benda (barang-barang) atau kawan-kawan yang sama senasib dengannya.
Menurut Dato Dr Norlaily, masalah sosial hari ini adalah disebabkan anak-anak yang terbiar atau dipajak-gadai kepada orang lain dari kecil lagi kerana ibu bapa tiada masa untuk mereka. Siapakah yang bertanggungjawab dalam perkara ini? Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh para pemimpin, pembuat polisi, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua korporat dan ibu bapa semua. Tetapi hari ini banyak tumpuan diberi kepada perkara yang menambahkan lagi masalah ini. Taska, tadika, pusat jagaan kanak-kanak tumbuh macam cendawan tetapi tidak disediakan dengan program yang sesuai untuk anak-anak. Pihak yang menjaganya sekadar makan gaji sahaja dan tidak ada rasa sayang kepada anak.
Ibu bapa pula tidak dibenarkan langsung terlibat dalam program-program yang dilaksanakan. Malah untuk menghantar anak ke taska dan tadika pun dipajak kepada orang lain.
Pernahkah kita berfikir, mengapa anak-anak kecil suka bertanya? Anak-anak suka bertanya kerana ia adalah anugerah semulajadi Allah SWT supaya dia bukan sahaja mengenal tetapi memahami persekitarannya dan boleh menyesuaikan dirinya dengan sesiapa pun dan di mana juapun.
Jadi, jika anak bertanya, “Ayah, kenapa ayah berhenti?” (walaupun anda menganggapnya sebagai soalan ‘poyo’), cubalah sedaya-upaya anda berikan jawapan yang sesuai, yang senang difahami anak.
Jawapan penuh kasih sayang
Ayah yang penat hanya berdiam diri atau menjawap dengan kasar, “Tak tahu lagi ke? Itu lampu isyarat!”
Anak akan terus bertanya, “Lampu isyarat itu apa, ayah?” atau mungkin saja, “Tadi warna kuning, kenapa sekarang warna merah?” atau “Siapa yang tukar warna lampu itu, ayah?”
Ayah yang penat mungkin saja akan terus berkata, “Diamlah, ayah tak tahu!”
Tetapi ayah yang penuh kasih sayang akan memberikan jawapan yang sebaliknya. Dia akan menjawap, “Ya sayang, merah itu berhenti, kuning itu bersedia dan hijau itu tandanya boleh jalan.”
Mungkin saja anak akan bertanya lagi dan lagi, dan kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab cubalah berusaha penuhi persoalan anak. Jika tiada apa-apa urusan pada hari itu, kita boleh usaha pergi ke perpustakaan dan cari buku-buku berkaitan dengan persoalan anak. Boleh juga mencari bahan-bahan melalui internet. Lakukanlah apa saja yang terfikir, asalkan anak-anak tidak ditinggalkan dengan persoalan yang kita tidak boleh jawap.
Ini amat penting kerana kita tidak mahu perasaan 'curiosity' atau minat anak-anak terbantut, semata-mata kerana ibu bapa jahil. Satu perkata yang amat penting ialah, jawapan yang diberi mestilah tepat, jelas, betul dan tidak mengelirukan. Cara ini, sedar atau tidak, kita akan meminatkan anak mencari dan meneroka ilmu baru.
Ibu dan bapa juga secara tidak langsung, akan terpaksa belajar ilmu baru, umpamanya jika kita mengenalkan anak kepada pokok. Kita seharusnya memberi tahu nama pokok itu dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Latin. Kita boleh meminatkan lagi anak kepada pokok dengan memberitahunya ciri-ciri pokok itu, selain menerangkan asal usul pokok, kegunaannya, apa yang baik atau buruk tentang pokok itu dan semua fakta pokok berkenaan. Sekiranya anda ibu bapa yang perihati dan penuh kasih sayang, inilah yang patut dilakukan.
Saya sedang berusaha menjadi mama yang terbaik untuk anak-anak saya.
Ya Allah, permudahkanlah urusanku dalam menguruskan amanah-Mu. Amiin.
Selamat mencuba!
Pages
About Me
- Iera Ariza
- A Wife? Mother? Lover? Career woman? Counselor? Bionic Women? 'Tiger'? It's all me....
I can be as cool as ICE and as fierce as LION. I can be a very LOVING person and I can be the person that you HATE most.
I can be your BEST FRIEND, and also I can be you 'BEST' ENEMY.
My hubby always said to me "If you said you want sumthing, it means YOU REALLY WANNA HAVE IT!"
Well,thats what I am :))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semua resepi kat bawah nie aku dah buat ujikaji, dah cuba masak dan dah rasa kesedapannya. Yang penting, resepi kat bawah nie sume yang mendapat pujian hubby :)) Kalau korang nak cuba, jom share sama-sama. Apalagi....
Jom, kiter ke Dapur!
Say HELLO to My Princess, Nur Arisha Jessenia aka Acha

Aku ibarat pensil di atas kanvas...
Yang membentuk dan mewarnai kehidupan anakku....
Yang membentuk dan mewarnai kehidupan anakku....
Time mandi, aku selalu main teka-teka warna dengan Arisha:
ReplyDeleteMama : "Tue warna merah. Merah dalam bahasa Inggeris apa?"
Arish : "Red".
Mama: "Pandai. Baldi nie warna apa?"
Arisha : "Biru"
Mama :"Bahasa Inggeris panggil apa?"
Arisha : "Blue"
Dan begitu la seterusnya aku sambung dengan putih,pink,hitam dsb sampai dia jawab semua warna :))