Pening...pening...aku rasa bukan aku je yg pening. Semua parents yg akan masukkan anak-anak mereka ke sekolah mesti pening macam aku. Aku sebenarnya dari dulu lagi dah pilih Smart Reader sebagai pilihan utama. TETAPI, ada tapinya....walaupon aku tahu Smart Reader nie bagus dari segi english, aku perlukan juga tadika yg boleh ajar anak aku Iqra', Sirah, solat, doa dan sebagainya tentang Islam. Dan, setahu aku, Smart Reader menyediakan subjek Pendidikan Islam yg agak terhad, tidak menepati kehendak aku.
Ada juga di kalangan kenalan yg mencadangkan PASTI, ermmm... bukan aku tak suka, aku suka.
Sebab PASTI salah satu tadika yg menitikberatkan Islam, tetapi Englishnya agak kurang dan terbatas. Aku perlukan satu tadika yg boleh mengajar anak aku tentang Islam dan dalam masa yg sama dapat melatih puteri kesayangan ku Arisha berbahasa Inggeris.
Bukan apa, aku sedar kepentingan English dalam dunia sekarang dan aku sendiri pernah merasai bagaimana susahnya bila kita kurang fasih/mahir dalam berbahasa Inggeris.Kalau dulu aku akan berdiam diri atau menyorok sbb takut utk berbahasa Inggeris, tapi kini aku berani utk tampil ke depan. Tidak pernah terlintas di fikiran aku yg aku kini akan bekerja di salah sebuah syarikat US yg mana bahasa perantaraan nyer English,huhuhuhu. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi disebabkan aku pernah melanjutkan pelajaran utk mengambil Professional Cert dulu, di mana instructor aku ialah warganegara India yg mmg haram tak tahu langsung bahasa melayu, maka aku kini boleh berkomunikasi dlm bahasa Inggeris. Bertitik tolak dari situlah, aku belajar berkomunikasi dlm bahasa inggeris(as selalu sgt kena buat presentation in English), pengajaran jugak dlm bahasa yg sama. Belajar dan belajar tanpa jemu,tanpa rasa malu. Aku bertanya, aku buang rasa malu jauh-jauh. Kemudian, ditambah dengan pengalaman bekerja di salah sebuah syarikat US dan boss aku di waktu itu orang putih atau mat salleh, so dlm dok tak berapa nak reti tue akhirnya...here I am...aku dah ada keyakinan diri utk bercakap tak kira dengan apa jua bangsa/warganegara. Dan, aku sudah tidak berselindung lagi untuk berjumpa dgn sesiapa.
Dan,kerana kesedaran itulah aku mahu Arisha fasih dlm bahasa Inggeris. Tapi,aku taknak dia lupakan benda yg paling penting dalam hidupnya, iaitu pegangan agama. Aku tak mahu anak aku tidak kenal huruf jawi,tidak tahu baca Al-Quran,tidak kenal apa itu doa. Dan, sekarang aku buat banyak research...dan aku jumpa Little Caliph, yg agak menepati citarasa dan kehendak aku.
Hermm....so kawan-kawan, sesiapa yg pernah hantar anak ke Little Caliph, mungkin boleh berkongsi pengalaman dgn aku. Aku masih mempertimbangkan antara Smart Reader dan Little Caliph. Kiter semua nak yg terbaik utk anak kita kan?? :))
Pages
About Me
- Iera Ariza
- A Wife? Mother? Lover? Career woman? Counselor? Bionic Women? 'Tiger'? It's all me....
I can be as cool as ICE and as fierce as LION. I can be a very LOVING person and I can be the person that you HATE most.
I can be your BEST FRIEND, and also I can be you 'BEST' ENEMY.
My hubby always said to me "If you said you want sumthing, it means YOU REALLY WANNA HAVE IT!"
Well,thats what I am :))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semua resepi kat bawah nie aku dah buat ujikaji, dah cuba masak dan dah rasa kesedapannya. Yang penting, resepi kat bawah nie sume yang mendapat pujian hubby :)) Kalau korang nak cuba, jom share sama-sama. Apalagi....
Jom, kiter ke Dapur!
Say HELLO to My Princess, Nur Arisha Jessenia aka Acha

Aku ibarat pensil di atas kanvas...
Yang membentuk dan mewarnai kehidupan anakku....
Yang membentuk dan mewarnai kehidupan anakku....
No comments:
Post a Comment