Wah,wah wah...macam tak sangka je post aku yang bertajuk 'Ikhlas ke??' sebelum nie mendapat sambutan hangat. Buat semua yang mengerti dan memahami niat tersirat aku, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana memahami apa yang aku cuba sampaikan. Buat mereka yang memberikan teguran membina dan lontaran negatif, juga aku ucapkan terima kasih dan amat menghargai pandangan dan nasihat korang semua. Kita sesama manusia tak salah kan kalau saling ingat-mengingati, tegur menegur antara satu sama lain untuk kebaikan bukan?
Cuma, aku terfikir satu je...setakat nie hanya aku seorang aje yang tahu siapa yang aku maksudkan. Aku tidak pernah menyatakan siapa namanya, di mana dia tinggal, di mana aku berkenalan/berjumpa dengannya, malahan baynag-bayang sifat/fizikal etc tak pernah aku nyatakan. Dia boleh jadi sesiapa sahaja. Jadi aku tak pasti bagaimana istilah fitnah tu boleh terjadi. Perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pula di depan mata dan diceritakan sendiri oleh mereka-mereka yang pernah mengalaminya.Tak tahula pulak kalau-kalau kebetulan post aku tu terkena batang hidung sesiapa yang membaca (Maaf...kalau ayat nie sinis sikit bunyiknyer). Dan, kalau ada di antara yang membaca membuat dongakan mengatakan aku bercakap tentang orang ini, tentang orang itu...hermmm...aku tak tahu la pulakkan. Sebab belum tentu kita bercakap mengenai orang yg sama. Mungkin ada individu yg berlainan yg mempunyai karakter yg sama. Dan sebab itu, tujuan aku menulis sebagai peringatan supaya kita tidak menjadi seperti individu ini atau kita memperlakukan seseorang seperti itu.
Walau apa pun, setiap orang berhak untuk melahirkan apa yg mereka rasa dan mereka fikirkan. Dan bagi aku, aku tahu..aku faham apa niat aku bila aku menulis sesuatu di blog aku. Tujuan mengaibkan jauh sekali kerana tidak pernah terlintas di fikiran aku untuk berbuat demikian. Jika benar niat itu ada, dah lama aku nyatakan siapakah individu yg aku maksudkan setiap kali coretan blog aku bermula.
Kadang -kadang apa yang tesurat tidak menzahirkan segalanya. Apa yang tersirat itu lebih bermakna kerana di situlah letaknya seribu rahsia :))
Pages
About Me
- Iera Ariza
- A Wife? Mother? Lover? Career woman? Counselor? Bionic Women? 'Tiger'? It's all me....
I can be as cool as ICE and as fierce as LION. I can be a very LOVING person and I can be the person that you HATE most.
I can be your BEST FRIEND, and also I can be you 'BEST' ENEMY.
My hubby always said to me "If you said you want sumthing, it means YOU REALLY WANNA HAVE IT!"
Well,thats what I am :))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semua resepi kat bawah nie aku dah buat ujikaji, dah cuba masak dan dah rasa kesedapannya. Yang penting, resepi kat bawah nie sume yang mendapat pujian hubby :)) Kalau korang nak cuba, jom share sama-sama. Apalagi....
Jom, kiter ke Dapur!
Say HELLO to My Princess, Nur Arisha Jessenia aka Acha

Aku ibarat pensil di atas kanvas...
Yang membentuk dan mewarnai kehidupan anakku....
Yang membentuk dan mewarnai kehidupan anakku....
No comments:
Post a Comment