Korang masih ingat lagi kisah cinta monyet korang? Hehehehe....aku 'kompom' ada antara korang yang tersengih-sengih macam kerang busuk sekarang nie. Aisey...rileksla. Semua orang ada kisah monyet sendiri kan?
Hari ni time rehat aku ngan geng-geng office bercerita kisah cinta monyet dan kehidupan zaman persekolahan kami dulu. Memang berdekah-dekah la ketawa bila masing-masing bercerita kisah masing-masing. Tak disangka, ada di kalangan kami yang dahulunya gangster sekolah. Malahan dah jadi ala-ala 'boyish' type dengan rambut pendek lagi. Siapa sangka sekarang nie dah jadi gadis cun and seksi dengan rambut panjang mengurai dan make-up :P Ada juga rakan aku yang dahulunya seringkali bergaduh dengan budak lelaki. Siap main baling-baling batu,huhuhuhuh...boleh tahan!! Tapi sekarang, dah jadi seorang isteri yang romantis dan ibu yang lemah lembut serta penyayang. Itulah orang kata kan, manusia boleh berubah mengikut masa.
Antara topik yang hangat kami bincangkan tentulah kisah cinta zaman persekolahan. Berkongsi cerita bagaimana budak lelaki memikat menggunakan bunga dan kad. Ada juga yang siap melakukan pelbagai aksi lucu semata-mata nak mendapatkan nombor telefon.Kisah abang pukul sesiapa yang cuba nak mengorat. Tak cukup itu, taktik beri pinjam buku pon ada,adoilaaa...
Aku masih ingat satu peristiwa di mana ada seorang lelaki yang agak berumur benar-benar berminat dengan aku. Sampai sekarang aku takkan lupa. Saat yang paling tak mungkin aku lupa ialah di satu ketika dia menyanyikan lagu "A-L-O-N-G...ALONG!!". Argghhh...di waktu itu aku cuma berfikir, Ya Allah selamatkanlah aku dari orang tua nie. Geli aku!!
Ada satu ketika, aku menerima panggilan daripada seseorang yang aku kenali di satu seminar,beberapa hari selepas aku bergelar isteri. Aku mengenalinya ketika aku bertugas di salah sebuah company dulu. Di waktu itu, aku kerap menghadiri function dan gaya ku ala-ala seksi gitu,hahahaha..almaklumlah masa tu cutting pon kecik lagi,idokler kembang semangkuk seperti sekarang. Short skirt dan dress singkat memang seringkali jadi pilihan. Bukan nak berbangga diri, tapi dia mempunyai company sendiri yang boleh tahan majunya. Dah banyak kali juga dia ajak aku bekerja dengannya tapi aku tak berminat sebab entahlah. Aku rasa macam ada udang di sebalik mee. Dan, sememangnya sangkaan aku betul sebab banyak kali juga dia cuba mencucuk jarum,tapi sorila...hati aku dah lama menjadi milik hubby. Hingga kini aku masih ingat kali terakhir dia call aku selepas aku bergelar isteri.."You patut tak kawen dengan husband you sekarang. Kalau you kawen dengan I dulu, mesti you senang sekarang. You nak apa, semua I belikan. You nak Merz pon I boleh bagi". Huhuhuhu...jodoh aku dengan hubby dan aku rasa itu lebih baik. Payah kawen dengan orang kaya nie, kang asek nak kena lebihkan belah dier je kang,tak ke susah aku?
Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah cinta aku yang aku rasa kalau aku nak coretkan kat sini mahu habis satu blog aku taip,hikhik.So, selebihnya,biarlah aku simpan ek.
Apa-apa pun kisah dahulu sememangnya menjadi memori yang tak mungkin dapat aku lupakan. Dan kini, aku sudah pun bergelar isteri dan mama kepada seorang cahaya mata. Dan, suatu hari nanti pasti anak aku juga akan mempunyai kisah cinta nya yang tersendiri.
Pages
About Me
- Iera Ariza
- A Wife? Mother? Lover? Career woman? Counselor? Bionic Women? 'Tiger'? It's all me....
I can be as cool as ICE and as fierce as LION. I can be a very LOVING person and I can be the person that you HATE most.
I can be your BEST FRIEND, and also I can be you 'BEST' ENEMY.
My hubby always said to me "If you said you want sumthing, it means YOU REALLY WANNA HAVE IT!"
Well,thats what I am :))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semua resepi kat bawah nie aku dah buat ujikaji, dah cuba masak dan dah rasa kesedapannya. Yang penting, resepi kat bawah nie sume yang mendapat pujian hubby :)) Kalau korang nak cuba, jom share sama-sama. Apalagi....
Jom, kiter ke Dapur!
Say HELLO to My Princess, Nur Arisha Jessenia aka Acha

Aku ibarat pensil di atas kanvas...
Yang membentuk dan mewarnai kehidupan anakku....
Yang membentuk dan mewarnai kehidupan anakku....
kite kene cari monye kite dulu...baru le igt semula.....ahahahahahahaha
ReplyDeleteCinta monyet tu ada time lepas SPM.. ms sekolah menegah, gua sekolah agama.. gua adalah remaja yg pemalu & sangat alergy bila hampir dengan student pempuan.. so gua pd ms tu bukan dikategori sebagai monyet, tetapi kongkang.. kan kongkang tu bersifat pemalu?? kah kah kah
ReplyDelete-Apek-
Heheheh..lelaki pemalu? Especially apek? Hermm..macam tipu jerk...? Kihkihkih...
ReplyDelete