Hidangan : 3-4 orang
Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (saiz sederhana)
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar cili boh (boleh lebih kalau nak lebih pedas)
Sedikit cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit minyak masak untuk menggoreng
Sedikit garam
Sedikit gula
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit minyak masak untuk menggoreng
Sedikit garam
Sedikit gula
Nenas dalam tin (seeloknya Ayam Brand)
Cara membuatnya:
- Lumurkan garam + kunyit pada ikan siakap. Biarkan selama 15 minit.
- Panaskan minyak. Bila sudah panas, masukkan ikan siakap tadi. Goreng dalam minyak yang banyak.
- Bila dah agak garing, angkat.
- Keluarkan minyak daripada dalam kuali tadi dan tinggalkan sedikit sahaja minyak di dalamnya.
- Kisar bawang putih + bawang besar.
- Panaskan kembali minyak goreng ikan tadi.
- Tumis cili boh sehingga agak garing.
- Bila dah cukup garing, masukkan bahan yg dikisar tadi.
- Masukkan air sedikit.

- Masukkan garam + gula secukup rasa.
- Masukkan cili padi + nenas + sos cili + sos tomato.
- Masukkan cili padi + nenas + sos cili + sos tomato.
- Kacau dan rasa masin manisnya.
- Dah cukup rasanya, tuangkan kuah ke atas siakap goreng tadi.
- Sedia untuk dihidangkan.
- Dah cukup rasanya, tuangkan kuah ke atas siakap goreng tadi.
- Sedia untuk dihidangkan.
Tips:
- Hadkan penggunaan sos untuk mengelakkan masakan jadi ikan siakap masak sos. Cukup sekadar untuk pekatkan kuah sahaja.
- Kalau sukakan lebih kuah, tambah air dan jangan biarkan kuah kering.
- Sekiranya tiada nenas, boleh digantikan dengan sos plum.
- Buat mereka yang tak suka cili boh, boleh gantikan dengan cili kering. Kuantiti bergantung tahap kepedasan masing-masing.
Komen aku : "Sedap dan pedas. Mintak tambah kuah sikit lagi"
Komen hubby : "Mintak resepi kat Neli,nanti boleh masak kat umah"
No comments:
Post a Comment