Nur Arisha Jessenia

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

"Berikan anak-anak pelukan setiap hari – terdapat kajian yang menyatakan bahawa anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk. Apabila anak-anak dipeluk,mereka akan sedar bahawa ibu bapa sayangkannya. Anak-anak juga akan tahu bahawa ibu bapa sentiasa menjadi penyokong mereka"

About Me

My photo
A Wife? Mother? Lover? Career woman? Counselor? Bionic Women? 'Tiger'? It's all me....

I can be as cool as ICE and as fierce as LION. I can be a very LOVING person and I can be the person that you HATE most.

I can be your BEST FRIEND, and also I can be you 'BEST' ENEMY.

My hubby always said to me "If you said you want sumthing, it means YOU REALLY WANNA HAVE IT!"

Well,thats what I am :))

Wednesday, June 29, 2011

Ikhlas ke ?? Part 2

Wah,wah wah...macam tak sangka je post aku yang bertajuk 'Ikhlas ke??' sebelum nie mendapat sambutan hangat. Buat semua yang mengerti dan memahami niat tersirat aku, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana memahami apa yang aku cuba sampaikan. Buat mereka yang memberikan teguran membina dan lontaran negatif, juga aku ucapkan terima kasih dan amat menghargai pandangan dan nasihat korang semua. Kita sesama manusia tak salah kan kalau saling ingat-mengingati, tegur menegur antara satu sama lain untuk kebaikan bukan?

Cuma, aku terfikir satu je...setakat nie hanya aku seorang aje yang tahu siapa yang aku maksudkan. Aku tidak pernah menyatakan siapa namanya, di mana dia tinggal, di mana aku berkenalan/berjumpa dengannya, malahan baynag-bayang sifat/fizikal etc tak pernah aku nyatakan. Dia boleh jadi sesiapa sahaja. Jadi aku tak pasti bagaimana istilah fitnah tu boleh terjadi. Perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pula di depan mata dan diceritakan sendiri oleh mereka-mereka yang pernah mengalaminya.Tak tahula pulak kalau-kalau kebetulan post aku tu terkena batang hidung sesiapa yang membaca (Maaf...kalau ayat nie sinis sikit bunyiknyer). Dan, kalau ada di antara yang membaca membuat dongakan mengatakan aku bercakap tentang orang ini, tentang orang itu...hermmm...aku tak tahu la pulakkan. Sebab belum tentu kita bercakap mengenai orang yg sama. Mungkin ada individu yg berlainan yg mempunyai karakter yg sama. Dan sebab itu, tujuan aku menulis sebagai peringatan supaya kita tidak menjadi seperti individu ini atau kita memperlakukan seseorang seperti itu.

Walau apa pun, setiap orang berhak untuk melahirkan apa yg mereka rasa dan mereka fikirkan. Dan bagi aku, aku tahu..aku faham apa niat aku bila aku menulis sesuatu di blog aku. Tujuan mengaibkan jauh sekali kerana tidak pernah terlintas di fikiran aku untuk berbuat demikian. Jika benar niat itu ada, dah lama aku nyatakan siapakah individu yg aku maksudkan setiap kali coretan blog aku bermula.

Kadang -kadang apa yang tesurat tidak menzahirkan segalanya. Apa yang tersirat itu lebih bermakna kerana di situlah letaknya seribu rahsia :))

Tuesday, June 28, 2011

Fuiyyyoooooo....lajunyeerrrr.....

Hari nie pagi-pagi kuar rumah, ujan renyai-renyai. Lepas anta Arisha ke rumah babysitter, masuk kete, hujan makin lebat pulak. Adoila...bercinta sungguh nak pergi kerja macam nie. Hujan yang semakin lama semakin lebat ditambah pula dengan kedinginan aircond. Sejuuuuuuuuuuuuuukkkk je. Memang kepala pon melayang je, bawak kete dengan pandangan telus je.

Sampai kat area simpang empat menuju ke Cyberjaya, lampu isyarat merah. So berenti ler. Tarik hand break, sandar ke kerusi. Legaaa.... Sambil-sambil tu carik-carik jugak kot-kot abang atau pakcik polis ada. Oh, hujan patut depa takde, hehehehe... Hujan semakin renyai semula. Tetiba aku ternampak awak kelabu seketul kat atas. Mak aiiiiiiiiiii...besaqnyeee...!!! Aku carik-carik gak kot-kot asap ke sebab besar semacam. Takde plak nampak corong asap ke apa ke. Memang betul la awan. Besau giler!! Yang aku kagum bukan sebab kebesarannya, tapi awan tue laju giler bergerak. Selalu nyer awan bergerak slow je. Ishk,ishk...terpegun mata aku kejap.... laaaaajuuuunyeeeerrrrrr..... Mata aku memang tak lepasla tengok awan tue. Dah persis Arisha nampak mainan, hehehehe....

"Honk! honk!"... uik...lampu dah hijau ke? Heheheh..teralit jap tengok awan tadi. Turun hand break, jalan....sambung perjalanan ke ofis :))

Bila Arisha dah mula pandai bersaing

Semalam, balik dari kerja, aku masuk pintu rumah, belum sempat nak duduk, Arisha dah terkedek-kedek menghimpit.

Arisha : "Mama...tadikan, **** kan dia cakap Acha takde CD citer Kongsi".

Aku    : "Biarla dia. Kita tak main CD,CD nie. Kita kan dah tengok kat wayang. Aritu kan mama ngan ayah dah bawak Acha tengok kat wayang kan?(dalam hati aku, eiii...tak abis-abis lagi dok banding-banding ngan anak aku. Hari-hari ada je citer budak ni dok banding-banding ngan anak aku.)

Arisha : "Tapi kan, kita takde CD pon, mama. Napa kita tak beli CD?"

Aku    : "Tak payah beli CD (sambil akal jahat aku terpk). CD tengok kat tv je, watpe..nampak kecik je. Ritu kan kita tengok kat wayang, laaaagik besar.Lagik best!!

Arisha : "Ha'ah kan....nanti Acha cakap kat dia, kita dah tengok kat wayang, nampak besar. Tengok CD kat tv nampak kecik, tak best, kan mama kan?"

Aku    : "Haaaa..yelah. Cakap gitu. Kalau dia cakap lagik, kata je Acha tengok citer kat wayang je, tak tengok CD. Tanya dia, mama dia penah bawak dia g tengok wayang tak?" (Time nie aku rasa aku laks macam budak-budak..huhuhuhu...)

Arisha : "Taaakkkk...mama dia tak bawak dia gie tengok wayang".

Aku    : "Haaa..so Acha takyahla nak beli CD. Biar dia tengok kat umah, kiter tengok kat wayang, ok?"

Arisha : "Ok...."

Errrr......betul ke didikan ngan jawapan aku nie? Huhuhuhu....

Monday, June 27, 2011

Melayan anak kecil yang suka bertanya

Huhuhu...puteri aku nan seorang nie amat keletah mulutnya. Umur 2 tahun dah pandai bercakap dan yang bagusnya dia dari kecik memang jenis tak pelat. Setiap buah butir dari mulutnya memang boleh didengar dengan jelas. Kalau bawak gie mana-mana, dia akan mendiamkan diri pada mulanya.Sampai orang selalu cakap..."Baiknyeeeer anak ko Iera..duduk diam je, suara pon tak dengar". Aku ngan hubby selalu senyum je. Sebab tahu 'enjinnya' belum panas. Tapi bila dia dah mula bukak mulut,huhuhuhuhu...semua orang terkejut dengar mulutnya. Petah, bak kata orang tua-tua jenis cakap terus sebutir-butir macam bertih jagung. Sapa-sapa yang cakap dia jenis pendiam, memang kompom ternganga kejap la...hehehe...

Skang nie dah nak 3 tahun 7 bulan, herm bertambah-tambah laaaa...Pok pek pok pek, tak berhenti mulutnya bercakap. Sampai mak aku pernah cakap..."Acha nie tak macam budak 3 tahun. Terlebih cerdik! ".  Mana taknya, ada saja soalan yang nak ditujukan kat aku dan hubby, hinggakan kadang-kadang naik pening kepala dibuatnya. Kenapa macam tu, Kenapa macam nie? Apa tu? Apa ni? Bila? Kat mana? Adess....Tue belum masuk soalan mencabar yang tak tercapai dek akal aku. Pernah satu tika dia tanya aku:

Arisha : "Mama...baby duduk kat mana?"
Aku : "Baby duduk dalam perut laaa"
Arisha : Napa dia duduk dalam perut?"
Aku : "Sebab belum masanya dia keluar. Baby kan kecik lagi, nanti bila dah besar dia keluar la, pastu dia nangis uwekkk..uwek...uweek...cam Acha".
Arisha : "Baby duduk dalam perut nie ek, mama? Perut Acha pon ada baby jugak"
Aku : "Haa?? Perut Acha takde baby sebab Acha tak kawen lagi. Perut mama boley la ada baby".
Arisha : "OooOOoo...perut ayah? "
Aku : "Perut ayah tak boleh sebab ayah lelaki"
Arisha : "Oh..baby duduk dalam perut pompuan-pompuan je?"
Aku : "Ha'aah..perut laki tak boleh"
Arisha : "Kalau camtu, nanti bila Acha dah jadi baby, Acha nak duduk dalam perut mama laaa.."
Aku : "Ehh..Acha mana boleh jadi baby lagik dah. Acha kan dah besar. Acha kan dah jadik kakak-kakak".
Arisha : "Takpela...nanti esok bila Acha jadi baby Acha duduk la dalam perut mama"
Aku : "Tak boleyyy...sebab Acha dah besar. Kita akan jadi besar,bukan jadi makin kecik. Macam Acha..nanti Acha akan terus besar. Kaki Acha jadi besar, tangan Acha jadi besar...."
Acha : "OoooOoo..sebab Acha nak gie school?"
Aku : "Haaaaaaa...pandai pon anak mama. Acha kan nak pegi school dah so kena la jadi besar. Nanti kalau ada adik, adik Acha la duduk dalam perut mama. Pastu bila dah besar, dia kuar pastu dia gie school macam Acha jugak"
Acha : " OoooOooooo....."

Itu baru satu peristiwa. Kalau aku nak cerita,adoila...terlalu banyak. Bab tv, traffic light, kereta, masak, kek, buku, tempat, apalagi?Korang sebut jela...semua dia akan tanya sedetail-detail nya sampai dia betul-betul puas hati dengan jawapan aku n hubby. Tapi, alhamdulillah setakat nie kami akan cuba sedaya upaya menjawab walau penat mcmanapon sebab aku tak nak matikan perasaan ingin tahu dalam dirinya. Aku ingat pesan isteri bos mak aku dulu..."3-5 years, your daughter will ask u a lot of question n you have to answer. That is one of the learning process ". So, sedaya upayala aku ngan hubby melayan walaupon kadang-kadang tu naik biul pala otak nak menjawab,huhuhuhu...

Dan sebab tu jugak aku cari tips-tips yang aku boleh gunakan untuk mendidik dan melayan kerenah puteri aku nan sorang nie. Dan akhirnya aku jumpa satu artikel yang mungkin boleh dikongsi dengan korang semua. Selamat membaca dan mencuba!!

p/s kalau korang nak tahu, cerita traffic light kat bwah nie sebijik macam soalan Arisha pernah tanya kat aku n hubby..dan jawapan sama jugak pulak tue..nanti polis saman....huhuhuhuhu....
*****************************************************
Dipetik dari LAMANSERi
email : bawangmerah@gmail.com


Salam,

Hari ini saya ingin kongsikan artikel oleh Dato’ Dr Norlaily Dato’ Abu Bakar (NURY) yang sempat saya baca dan saya cuba terapkan ilmu ini kerana saya juga sedang mengharungi fasa yang sama, seperti dalam artikel tersebut.


Anak saya yang ketiga (Ilham Darwish) memang petah bercakap sejak usianya 1.5 tahun lagi. Sekarang usianya sudah mencecah 2.75 tahun dan kata orang Perak, sangat ‘beret’ mulutnya. Hari-hari ada saja keletah yang menghiburkan dan saya paling tak boleh tahan bila mulutnya bertanya bermacam-macam soalan yang kadang-kala agak mencabar akal saya untuk memberikan jawapan yang sesuai dengan usianya.

Suatu petang, dia berkata, “Kenapa ayah berhenti? Cepatlah jalan.”

Jadikan anak antara yang terbaik berbanding rakan sebayanya

 Harap kita dapat mendidik anak kita untuk menjadi yang terbaik, amin...
#############################################################
Ibu bapa adalah faktor terbesar dalam menentukan hala tuju anak-anak. Beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh dijadikan panduan dalam menjadikan anak-anak antara yang terbaik berbanding rakan sebayanya yang lain!

1. Mulakan hidup anak-anak dengan panggilan yang baik – apabila anak-anak diberi nama dan panggilan yang baik,secara tidak langsung ia turut mempengaruhi dan memberi kesan yang baik dalam perwatakan dan kelakuan anak-anak. Nama yang baik juga turut dituntut dalam Islam.

2. Berikan anak-anak pelukan setiap hari – terdapat kajian yang menyatakan bahawa anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk. Apabila anak-anak dipeluk,mereka akan sedar bahawa ibu bapa sayangkannya. Anak-anak juga akan tahu bahawa ibu bapa sentiasa
menjadi penyokong mereka.

3. Pandanglah anak-anak dengan penuh kasih sayang – pandangan ini akan membuatkan anak-anak berasa lebih yakin kepada diri sendiri apabila berhadapan dengan persekitaran. Marah itu memang perlu supaya anak-anak tahu mana yang salah dan mana yang betul,namun kawallah marah,janganlah pula sehingga anak-anak menjauhkan diri
dan berasa takut.

4. Berikan penghargaan di atas setiap kebaikan – tidak semestinya hanya dengan pemberian hadiah,malah senyuman,pujian dan pelukan sudah cukup untuk membuat diri anak-anak terasa dihargai. Sekurang-kurangnya dengan penghargaan ini dapat dijadikan sebagai satu motivasi bagi anak-anak untuk melakukan lagi dan melakukan
yang terbaik.

5. Jangan mengharap lebih daripada apa yang anak-anak mampu lakukan – sedarlah bahawa anak-anak masih dalam proses perkembangan dan janganlah mengharapkan anak-anak akan berbuat sesuatu kebaikan secara berterusan kerana melakukan kesilapan merupakan proses untuk anak-anak belajar.

6. Antara masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga - utamakan keluarga kerana apabila adanya masalah,selesaikan masalah keluarga terlebih dahulu. Seseorang hanya akan tenang apabila tiada masalah keluarga. Anak-anak tetap diutamakan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu tanpa kembali lagi.Ibu bapa tidak seharusnya bersikap mementingkan diri bagi menjaga keperibadian yang baik untuk
dijadikan role model bagi anak-anak.

7. Jangan mengeluh dalam mendidik dan membesarkan anak-anak – ini bagi mengelakkan anak-anak merasa diri mereka sebagai beban terhadap ibu bapa. Ini juga supaya anak-anak tidak berasa jauh dan sunyi dari ibu bapa.

8. Dengar cerita anak-anak – tidak dinafikan anak-anak memang suka bercerita. Dengarlah cerita mereka kerana sedarlah bahawa ibu bapa tidak akan dapat mendengar cerita itu lagi pada masa akan datang. Melayan anak-anak bercakap dan bercerita merupakan sesuatu yang sangat menyenangkan.Ianya juga hiburan yang takkan dapat dibeli.

9. Tenangkan anak-anak setiap kali mereka memerlukannya - ada masanya anak-anak akan berasa sedih di atas banyak perkara.Bergaduh dengan kawan sekelas,tercederakan anak jiran.Pada masa inilah ibu bapa membantu menyelesaikan masalah anak-anak supaya mereka tidak merasa keseorangan. Ibu bapa perlu membantu kerana walaupun masalahnya kecil,namun bagi anak-anak masalahnya sangat besar.

10. Tunjukkan kepada anak-anak cara untuk menenangkan diri – setiap masalah ada jalan penyelesainya. Ibu bapa seharusnya bersikap tenang apabila berhadapan dengan sebarang masalah untuk menjadi ikutan kepada anak-anak dan tidak bersikap tidak tentu arah.

11. Buat persediaan menyambut hari jadinya – tidak semestinya dengan menyambut secaran besar-besaran,sudah memadai dengan menyediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuat anak-anak belajar menghargai. Anak-anak yang datang dari persekitaran yang menghargai akan mampu untuk belajar menghargai orang lain.

12. Mengajar anak-anak lebih dari sekali – ada sesetengah anak-anak yang perlu diajar secara berkali-kali barulah mereka dapat memahami sesuatu dengan baik. Jadi,jangan marah terhadap mereka apabila bertanyakan tentang sesuatu hal yang sama berulang kali. Ini bagi mengelakkan proses pembelajaran anak-anak terbantut.

13. Luangkan masa bersama anak-anak – ini bukan sahaja terhad di dalam rumah,malah turut meluangkan masa di luar.Sama ada bersiar-siar ataupun berkelah di hujung minggu. Peganglah tangan anak-anak apabila berjalan bersama. Anak-anak akan merasa kepentingan diri mereka dalam hidup ibu bapa. Memimpin tangan anak-anak tidak terbatas semasa di luar rumah sahaja,malah apabila anak-anak bangun tidur,ke meja makan, malah ke dapur untuk membancuh susu mereka.

14. Dengar mimpi ngeri anak-anak – mimpi ngeri akan menjadi begitu realistik dalam dunia mereka walaupun itu hanyalah sekadar mimpi. Tidak ada salahnya mendengar cerita mimpi ngeri anak-anak kerana ianya diceritakan secara langsung,tiada skrip,tiada pengarah dan tiada siaran ulang tayang.

15. Hargai permainan kesayangan anak-anak – apabila permainan kesayangan mereka dihargai,dalam masa yang sama juga anak-anak akan menghargai barang-barang kesayangan ibu bapa. Walaupun sudah rosak,elakkan daripada membuang permainan kesayangan anak-anak. Mintalah kebenaran daripada mereka terlebih dahulu.

16. Berikan ciuman selamat malam – jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan anak- anak dengan salam sebelum masuk tidur. Selimutkan,dan cium dahinya apabila mereka sudah lena.

17. Terimalah hakikat kadangkala ibu bapa tidak sempurna – bagi mengelakkan stress,jangan terlalu berfikir untuk menjadi ibu bapa yang sempurna dari semua aspek. Apabila terdengar anak-anak berkata ‘papa ni garanglah’. Itu teguran sebenarnya. Jadi,tidak salah untuk berubah demi kepentingan anak-anak dan bagi mngelakkan anak-anak berasa rendah diri kerana merasakan ibu bapa terlalu sempurna.

18. Jangan membawa bebanan kerja ke rumah - apabila ini berlaku,anak-anak akan menganggap bahawa kerja lebih penting daripada keluarga. Utamakanlah keluarga ketika berada di rumah. Ibu bapa juga boleh membantu untuk menyiapkan kerja sekolah anak-anak ataupun memberi latihan di rumah.

19. Anak-anak menangis – menangis merupakan cara anak-anak untuk melegakan keresahan mereka dan kadangkala untuk mendapatkan perhatian. Walauapapun sebabnya,dengarilah tangisan mereka supaya mereka tidak menjauhkan diri dari ibu bapa di kemudian hari.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan – seperti ibu bapa,anak-anak juga mempunyai perasaan.Hargailah perasaan anak-anak supaya anak-anak juga menghargai perasaan ibu bapa.

- Berdoalah agar anak-anak menjadi penyejuk mata dalam kehidupan dan sebagai penenang hati di dunia & di akhirat kelak - AMIN

Sunday, June 26, 2011

Kaedah Bersoal Jawab Merangsang Minda Anak

Bersoal jawab dengan anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

Friday, June 24, 2011

Pastikan korang tak tersalah langkah macam aku...huhuhuhu....

Masih ingat salah satu post yang aku letak sebelum nie? Kalau korang memang betul-betul ikut blog aku, mesti korang tahu kat mana aku dapat kata-kata kat bawah nie...

"Skills, knowledge,abilities and experiences are only useful if you are at the right place."

Heerrmm...tetiba je aku rasa macam bersetuju dengan kata-kata kat atas. Yela, betul jugak.

Kalau ada skill,knowledge,abilities and experience pun but at the wrong place, sama jugakla kan. Takleh guna gak.

Kalau kita berada di tempat yang betul but don't have the skills,knowledge,abilities and experience pon tak guna jugak, sebab we cant perform to the MAX!

Kalau kita takde skils,knowledge,abilities and experience and we are at the wrong place...lagikla kan? Memang terus terbalik tergolek dok, jatuh tersembam...huhuuhhu...

Aku bukan apa. Sian kat kawan aku yang menelepon aku nangis-nangis. Aku kenal dia dah lama dan aku tahu kelebihan dia camne. Sebelum ni dia memang excellent, memang bos sayang la. Kerja memang tiptop!! Alih-alih tukau tempat kerja baru, ada laks senior yang macam nak jatuhkan dia. Dia nie jenis cepat belajar, tapi masih perlukan bimbingan. Agaknya senior tu takut kot, yelah dia amik masa lama nak blaja,kawan aku nie kejap je dah paham. Kang melangkaui sifu pulak. Lepas-lepas tu ke, memang carik point je la nak carik sebab. Tinggal le kawan aku nie terkial-kial buat semua benda sendiri. tak tahu hujung pangkal.

So, maknanya kita tak boleh jugakla nak salahkan sesiapa yang takleh perform bila melakukan sesuatu tugas. Yg penting, we have to know what is our strength, baru lah tak jadi bahan ketawa, bahan umpatan,bahan perbandingan.

Aku sendiri pernah mengalaminya....ada skills, ada knowledge, ada experience...dan ada abilities but I was at a wrong place. So, what happened? Aku takleh nak perform semaksimum yang pernah aku buat sebelum nie. Orang lain guna gear 4, aku baru nak masuk gear satu..terkial-kial nak belajor. Akibatnya....memang orang cari salah je la kan? Semua tak kena. Benda yang betul pon dikatakan macam buat-buat. Maleh aku nak layan....

Kalau dulu-dulu semua orang puas hati dengan kerja aku coz I was at the right place with a RIGHT PEOPLE!! And they know me well. Kalau aku tak bagus, nobody will rehire you, rite???

And now... AGAIN I am at the RIGHT PLACE wif RIGHT PEOPLE .... and I can perform to the MAX...even I got MORE/BIGGER responsibilities ... and I got credit on it!! Sapa kata aku takleh buat kerja? Dalam lima, satu je yang cakap. Macam lagu KRU la... "If one people say you're fool and a thousand people say you're cool, would you listen to the word that the thousand people said or to the one little crazy fool..."

Dan gear aku skang gear 5 ok. Rasa macam nak panggil je orang-orang yang dok ngata aku tu. Cuba korang buat laks kije aku, tengok gear berapa korang boleh pergi. Rasa masa tu kot baru depa sedar langit tinggi rendah.

So, to my frens...make sure u make a right choice...jangan jerat diri sendiri sebab orang memang tunggu kita untuk berada di bawah bila-bila masa sahaja. Bila dah dapat credit, jangan pulak terbang di awan sampai lupa orang-orang kat bawah. Share the knowledge n teach people in a GOOD way. Jangan arini ajar, esok-esok mengeluh pastu ngumpat pulak ye. Ingat, setiap orang ada kelebihan masing-masing. Kalau dia tak bagus dalam bidang A, dia mungkin bagus dalam bidang B. Kalau kita bagus dalam bidang C, belum tentu kita bagus dalam bidang D. So, takyah perasan sangat key?

And for those yang setakat timba ilmu kat satu dua tempat, janganla mendabik dada dan bangga dengan apa yang ada. Kalau anda berhijrah ke tempat lain, belum tentu apa yang anda ada sekarang akan kekal. Bila-bila masa sahaja, You can be at a wrong place!! Silap-silap become USELESS! Unless la kalau terus-menerus nak berada di satu-satu tempat sampai lemau. Memang kompom korang akan senantiasa jadi senior plus terror and buat benda yang sama sampai muntah.

Buat kawan aku tue, carikla kije lain...macam aku...hahahahaha.....

Wednesday, June 22, 2011

Hari nie aku malas...

YA!!
Memang hari nie aku malas...
Hari nie aku takde mood...
Hari nie aku memang takde selera nak makan...
Hari nie badan aku rasa macam bisa-bisa...
Hari nie kaki aku rasa sakit-sakit...
Hari nie aku 'berkawan baik' dengan toilet
Semuanya sebab HARI NIE AKU SAKIT PERUT
Gara-gara semalam makan Ayam Penyet....
Huwaaaa.....sakitnyerrrrrr...
Ishk,ishk,ishk.....


"Acha nak panggil cayang jugak...."


Satu malam di bilik tidur,di tingkat atas :
Mama : "Cayang, tolong amik beg Acha jap".
Acha : "Cayang, tolong amik 'menyum' (botol minum)".
Mama : "Acha panggil ayah apa tadi?".
Acha :  "Acha panggil 'cayang'"
Mama : "Mana boleh. Ayah husband mama, sebab tu mama panggil cayang. Ayah tu ayah Acha, kena panggil ayah".
Acha : "Taknak......Acha pon nak ayah jadi husband Acha gak".
Mama : "Mana buley, ayah kena ada satu je wife. Wife tu mama. Acha kan anak mama ngan ayah".
Acha : "Taknak, nak jadi wife ayah gak. Kita kongsi-kongsi la".
Mama : "Eeeerk????"

Tuesday, June 21, 2011

Philosophy of Life








MORAL :

Smooth roads never make good drivers
Smooth sea never makes good sailors

Clear Skies never makes good Pilots .  


Problem and hassle free Life
NEVER makes a strong person
Be Strong enough to accept the challenges of Life

Don't ask Life , 'Why Me ?  .
Instead say 'try Me!'

Aduhaiiiiiii...kala jengking oiiii.....

Korang penah tak, pagi-pagi time korang tengah dok kelam kabut nak cepat gie kije, tetiba pulak time tu jugakla kan ada kala jengking kat atas jalan raya. Bukan satu, bukan dua, bukan tiga...tapi LIMA!! Aku ulang, LIMA!! Huhuhuhu...cubala korang bayangkan betapa tensionnya aku pagi nie. Dahle aku arini sememangnyer lambat, nasib baikler takde 'punch card', kira selamat la kan. Kalau tak, harus dah dikategorikan lewat,huhuhuhu....

Aku pon tak tahula apa nasib aku arinie. Dari area Seri Putra sampaile kat traffic light nak ke area Cyberjaya, berderet-deret kala jengking aku jumpa. Arghhhhh.tensennya..!!! Agaknyer arini semua kala jengking buat reunion kot. Sabo je la.....

Aku dok merapu cakap kala jengking nie, korang paham ke kala jengking tu hapa? Haaa......kala jengking tu nama timang-timangan aku bagi kat jengkaut. Errr...aku rasa jengkaut namanya dalam bahasa melayu. Aku nie 'failed' sket bab nama-nama lori ngan kenderaan besar-besar nie. Alaaa....benda warna kuning yang kat belakangnya ada benda sodok untuk kaut tanah tue, jengkaut la kan?kan?kan?

Tak kisahla apa namanya sekali pon. Janganleeeeerrrr balik nie aku jumpa siput b***...ulps...siput khinzir laks. Nak tahu apa tue? Haaa....korang cubalah teka :P

Monday, June 20, 2011

Korang ingat cinta monyet korang?

Korang masih ingat lagi kisah cinta monyet korang? Hehehehe....aku 'kompom' ada antara korang yang tersengih-sengih macam kerang busuk sekarang nie. Aisey...rileksla. Semua orang ada kisah monyet sendiri kan?

Hari ni time rehat aku ngan geng-geng office bercerita kisah cinta monyet dan kehidupan zaman persekolahan kami dulu. Memang berdekah-dekah la ketawa bila masing-masing bercerita kisah masing-masing. Tak disangka, ada di kalangan kami yang dahulunya gangster sekolah. Malahan dah jadi ala-ala 'boyish' type dengan rambut pendek lagi. Siapa sangka sekarang nie dah jadi gadis cun and seksi dengan rambut panjang mengurai dan make-up :P Ada juga rakan aku yang dahulunya seringkali bergaduh dengan budak lelaki. Siap main baling-baling batu,huhuhuhuh...boleh tahan!! Tapi sekarang, dah jadi seorang isteri yang romantis dan ibu yang lemah lembut serta penyayang. Itulah orang kata kan, manusia boleh berubah mengikut masa.

Antara topik yang hangat kami bincangkan tentulah kisah cinta zaman persekolahan. Berkongsi cerita bagaimana budak lelaki memikat menggunakan bunga dan kad. Ada juga yang siap melakukan pelbagai aksi lucu semata-mata nak mendapatkan nombor telefon.Kisah abang pukul sesiapa yang cuba nak mengorat. Tak cukup itu, taktik beri pinjam buku pon ada,adoilaaa...

Aku masih ingat satu peristiwa di mana ada seorang lelaki yang agak berumur benar-benar berminat dengan aku. Sampai sekarang aku takkan lupa. Saat yang paling tak mungkin aku lupa ialah di satu ketika dia menyanyikan lagu "A-L-O-N-G...ALONG!!". Argghhh...di waktu itu aku cuma berfikir, Ya Allah selamatkanlah aku dari orang tua nie. Geli aku!!

Ada satu ketika, aku menerima panggilan daripada seseorang yang aku kenali di satu seminar,beberapa hari selepas aku bergelar isteri. Aku mengenalinya ketika aku bertugas di salah sebuah  company dulu. Di waktu itu, aku kerap menghadiri function dan gaya ku ala-ala seksi gitu,hahahaha..almaklumlah masa tu cutting pon kecik lagi,idokler kembang semangkuk seperti sekarang. Short skirt dan dress singkat memang seringkali jadi pilihan. Bukan nak berbangga diri, tapi dia mempunyai company sendiri yang boleh tahan majunya. Dah banyak kali juga dia ajak aku bekerja dengannya tapi aku tak berminat sebab entahlah. Aku rasa macam ada udang di sebalik mee. Dan, sememangnya sangkaan aku betul sebab banyak kali juga dia cuba mencucuk jarum,tapi sorila...hati aku dah lama menjadi milik hubby. Hingga kini aku masih ingat kali terakhir dia call aku selepas aku bergelar isteri.."You patut tak kawen dengan husband you sekarang. Kalau you kawen dengan I dulu, mesti you senang sekarang. You nak apa, semua I belikan. You nak Merz pon I boleh bagi". Huhuhuhu...jodoh aku dengan hubby dan aku rasa itu lebih baik. Payah kawen dengan orang kaya nie, kang asek nak kena lebihkan belah dier je kang,tak ke susah aku?

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah cinta aku yang aku rasa kalau aku nak coretkan kat sini mahu habis satu blog aku taip,hikhik.So, selebihnya,biarlah aku simpan ek.

Apa-apa pun kisah dahulu sememangnya menjadi memori yang tak mungkin dapat aku lupakan. Dan kini, aku sudah pun bergelar isteri dan mama kepada seorang cahaya mata. Dan, suatu hari nanti pasti anak aku juga akan mempunyai kisah cinta nya yang tersendiri.

Friday, June 17, 2011

"Mama....Acha kan dah besar....."

Senario 1
*******
Satu hari selepas mandi,
- "Acha...meh sini mama pakaikan baju"
+"Taknak, Acha nak pakai sendiri. Acha kan dah besar"
- "Mehla mama pakaikan..."
+ "Taknak...Acha dah besar. Tengok kaki Acha nie (sambil menunjukkkan tapak kaki). Kan kaki Acha dah besar"
- "???? (dalam hati, apa kaitan kaki dgn dah besar?)"

Senario 2
*******
Semalam, balik dari kerja...
+ "Mama penatke? Meh Acha tolong picit kaki mama"(sambil tangan halus mula memicit betis aku).
- "Wah...pandainya anak mama. Macam nie la anak mama. Pandai la anak mama nie"
+ "Acha kan dah besar. Nanti acha kan nak pegi school. Mama kan kena cari duit. Nak beli baju Acha, nak beli kasut Acha"
- "Ermmm...pandai pon anak mama. Tolong tarik jari kaki mama sekali.Kuat-kuat tau"
+ "Ok"
-"Pandainya Acha tarik"
+ "Acha kan dah besar sebab tu Acha tarik kuat. Mama..tarik kaki Acha pulak. Lenguh la..."
-???? (pulak...aku senyum)

Senario 3
********
Satu hari hujung minggu
+ "Mama..kita nak pergi mana nie?
- "Nak gi jalan-jalan la. Acha nanti pakai baju kat katil tu tau. Mama dah iron"
+ " (tiba-tiba sambil berlari) Mama,mama...nanti mama pakai baju nie tau. Acha dah pilih. Ayah pulak pakai baju nie (sambil menunjukkan 2 helai baju)
- "Uik...Acha pilih utk mama dengan ayah? Pandainya...."
+ "Acha kan dah besar. Acha dah pandai pilih baju dah...."

Senario 4
*******
Satu pagi...
- "Mama nak sidai baju. Acha duduk kat dalam umah ek"
+ "Taknakla...Acha kan dah besar. Acha dah pandai sidai baju dah (sambil ambil baju dia sendiri)"
- "Yelah,yela...tapi sidai elok-elok tau"
+ "Mama, tgk nie..Acha dah sidai dah baju dgn seluar dgn panties Acha"
- "Wahhh...pandainya...nanti lain kali bolehla tolong mama lagik"
+ "Acha kan dah besar. Mestila tolong mama kan"
- "Pandai anak mama".


Dah besar dah anak aku. Cepat betul masa berlalu :))))

Wednesday, June 15, 2011

Anonymous attack website kerajaan Malaysia

Pagi tadi, tengah syok bawak kereta nak gie tempat kerja sambil layan Hot FM, tiba2 terdengar kisah Anonymous attack website kerajaan Malaysia. Aku nie mmg jenis jarang dengar berita kat TV atau baca paper, tapi tiap2 pagi aku mesti kena dengar radio, salah satu cara utk dapat informasi semasa selain hilangkan boring masa drive. Masa dengar tue,mmg terkejut kejapla...terus volume radio aku kuatkan. Berderau kejap darah, ishk....biar benar. Aku tukar siaran radio lain, untuk dapat berita lebih mendalam...Sahhhh!! Betulla diorang memang cuba hack! Mak aii...diorang nie takde kerja ke apa?

Tipula aku tak takut, walaupon diorang bukan hack blog aku (kihkihkih)... tapi sebagai warganegara Malaysia yg amat cintakan tanah air yg aman damai nie, memang aku takut. Korang bayangkan, tu baru dia cuba nak hack laman web rasmi kerajaan kita.Kalau esok-esok diorang nak attack Bank Negara ke, LHDN ke...bank-bank kat Malaysia nie ke? Tak ke naya kita?

Sampai opis, aku cerita kat memember opis. Rupanya ada yg dah dengar. Kami siap Google, nak baca news pasal hacker nie.Isk...sah, memang ada website yg dah kena hack. Antara yg aku baca, antara laman web kerajaan dan agensinya yang tidak dapat dilayari:
  • ASEAN connect
  • Bomba
  • Perbendaharaan Malaysia
  • Parlimen Malaysia
  • JobsMalaysia
  • Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
  • Majlis Sukan Negara .
SKMM pon diorang cuba attack gak, tapi tak berjaya. Kalau korang nak dapatkan berita dengan lebih lanjut, antara sumber yg aku perolehi nie dari

Aku harap n yakin kerajaan kita akan cuba lindungi n tangani benda nie sebaik mungkin. Sama-samalah kita doa agar keadaan tak jadi semakin buruk, Amin....

Tuesday, June 14, 2011

Ikhlas ke???

Manusia nie macam2 perangai kan? Macam2 jenis, mcm2 kerenah dan mcm2 sifat. Korang mesti pelik kan napa tetiba aku membebel pasal manusia kan?Herm...entahlaaa....aku belek2 facebook, aku tgk profile orang. Ada sesetengah yg aku baru kenal, sudah kenal dan penah kenal. Dlm dok belek-belek2 aku terfikir, mmg betul kata org, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Kena pulak zaman moden nie, ramai yg rambutnya dah mcm2 kaler,dah tentu hati pon mcm2 warna, dak gitu?

Aku teringat ttg seorang hamba Allah nie. Yg pernah aku respek, yg penah aku sanjung dan penah aku jadikan role model. Tapi itu dulu....satu tika duluuuuuuuuu sebelum aku lebih mengenalinya. Sbb semakin aku mengenalinya, aku rasa semakin kurang keikhlasan dalam dirinya. Dan aku sedar, sesiapa sahaja yg sudah habis manis, boleh disingkir begitu saja dari hidupnya. Hebat bukan? Bukan nak buka aib,bukan nak memalukan,cuma kadang2 aku pelik, pelik dgn manusia yg sebegini. Yg merasakan diri mereka hebat dan gah di mata org lain, hanya kerana dikurniakan sediki t kehebatan dan ilmu. Hermm...mungkin harinya belum tiba, mungkin kerana dia sering bernasib baik dalam hidupnya, seringkali tuah mengiringi kehidupannya.

Tapi, aku pernah dengar rungutan dari mulutnya yg suatu tika dahulu dia bukanlah seorang yg punya ramai kawan. Setiap persahabatan, pasti akan berakhir. Dan pengakhirannya, dia yg terasing dari kumpulan rakan-rakannya. Bila aku bertanya mengapa, hamba Allah ini enggan menjawab. Tiada jawapan pasti yg keluar dr mulutnya. Cuma kesalahan tetap ditujukan kepada pihak lain, bukan pada diri sendiri. Dan aku tika itu,hanya mengiakan...kerana pada pandangan mataku ketika itu, dia seorang yg cukup bagus dan elok budi pekerti.

Semakin hari aku mengenalinya,semakin rapat...semakin banyak yg aku ketahui dan semakin banyak yg aku kenali ttg dirinya. Pernah suatu tika dahulu, seseorang pernah bercerita padaku disebabkan oleh hamba Allah ini, seorang gadis menjadi mangsa bahan fitnah, kononnya ingin memikat hati seorang lelaki yg bergelar suami orang. Dengar kata, suasana ketika itu agak genting sehinggakan gadis itu dipandang serong,walhal hubungannya dgn lelaki tersebut hanyalah sekadar teman.

Ada juga kisah, kononnya hamba Allah ini cemburu sekiranya ada gadis/perempuan lain yg lebih cantik darinya.Hahahah..kelakar bukan? Tapi, kata pencerita, dahulu hamba Allah ini tidaklah terlalu cantik dan bergaya,cuma sejak dia belajar n menghadiri grooming class,semuanya berubah. Sekarang, sudah tahu membeza-bezakan taraf kecantikan. Yg vouge jadi pilihan, yg kurang menyerlah jadi umpatan dan bahan tawa. Kalau ada yg lebih darinya, maka...berjaga-jagalah. Tidak cukup dgn kecantikan, dgr kata hamba Allah ini mmg tidak suka sesiapa lebih darinya.herm....nampak mcm pelik bukan??

Dan,satu sikap yg paling ketara yg terjadi di hadapan mata ku ialah,setiap pertolongan yg diberikan akan diwar-warkan secara terbuka, seolah-olah ingin diberitahu seluruh dunia. Dicanang pertolongan yg diberi, membuatkan aku terdetik, di mana letaknya keikhlasan hamba Allah ini? Bukan tiada org lain yg memberikan bantuan tapi mereka hanya duduk diam membisu, yg mana bagi aku itu lebih mulia drpd memberitahu segala kebaikan yg dilakukan seolah-olah ingin 'show off'.

Tidak cukup dgn itu, pernah dia melahirkan hasrat utk menutup periuk nasi org yg bagi aku cukup-cukup tidak bersetuju. Bukan bermakna aku ingin menunjuk bahawa aku ini baik, tapi masih ada cara lain utk kita menyelesaikan sesuatu masalah selain drpd menutup mata pencarian seseorang. Bagi aku, rezeki itu milik masing2 dan jangan kita berlaku kejam sesama kita. Biar marah atau benci sebagaimana pon kita dengan seseorang, jgn lah kita putuskan pintu rezeki seseorang.

Org kata,kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa. Bukan seorang dua yg bercerita padaku, kononnya mulut hamba Allah ini boleh tahan cabulnya. suka bercerita yg kadangkala sebenarnya hanya fitnah yg tersebar. Tanpa mengetahui kebenaran (tapi bagi aku, sengaja dibutakan hatinya dan perasaan tentang sesuatu kebenaran wpun dah dinyatakan), disebarkan kisah hidup orang, direka bagaikan filem dan bahan canangan. Tidak cukup dgn itu, orang sekeliling dihasut secara halus agar meminggirkan insan-insan yg dirasakan olehnya boleh menggugat hidupnya. Yg paling mengjengkelkan.............

Sunday, June 12, 2011

Little Caliph vs Smart Reader

Pening...pening...aku rasa bukan aku je yg pening. Semua parents yg akan masukkan anak-anak mereka ke sekolah mesti pening macam aku. Aku sebenarnya dari dulu lagi dah pilih Smart Reader sebagai pilihan utama. TETAPI, ada tapinya....walaupon aku tahu Smart Reader nie bagus dari segi english, aku perlukan juga tadika yg boleh ajar anak aku Iqra', Sirah, solat, doa dan sebagainya tentang Islam. Dan, setahu aku, Smart Reader menyediakan subjek Pendidikan Islam yg agak terhad, tidak menepati kehendak aku.

Ada juga di kalangan kenalan yg mencadangkan PASTI, ermmm... bukan aku tak suka, aku suka.
Sebab PASTI salah satu tadika yg menitikberatkan Islam, tetapi Englishnya agak kurang dan terbatas. Aku perlukan satu tadika yg boleh mengajar anak aku tentang Islam dan dalam masa yg sama dapat melatih puteri kesayangan ku Arisha berbahasa Inggeris.

Bukan apa, aku sedar kepentingan English dalam dunia sekarang dan aku sendiri pernah merasai bagaimana susahnya bila kita kurang fasih/mahir dalam berbahasa Inggeris.Kalau dulu aku akan berdiam diri atau menyorok sbb takut utk berbahasa Inggeris, tapi kini aku berani utk tampil ke depan. Tidak pernah terlintas di fikiran aku yg aku kini akan bekerja di salah sebuah syarikat US yg mana bahasa perantaraan nyer English,huhuhuhu. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi disebabkan aku pernah melanjutkan pelajaran utk mengambil Professional Cert dulu, di mana instructor aku ialah warganegara India yg mmg haram tak tahu langsung bahasa melayu, maka aku kini boleh berkomunikasi dlm bahasa Inggeris. Bertitik tolak dari situlah, aku belajar berkomunikasi dlm bahasa inggeris(as selalu sgt kena buat presentation in English), pengajaran jugak dlm bahasa yg sama. Belajar dan belajar tanpa jemu,tanpa rasa malu. Aku bertanya, aku buang rasa malu jauh-jauh. Kemudian, ditambah dengan pengalaman bekerja di salah sebuah syarikat US dan boss aku di waktu itu orang putih atau mat salleh, so dlm dok tak berapa nak reti tue akhirnya...here I am...aku dah ada keyakinan diri utk bercakap tak kira dengan apa jua bangsa/warganegara. Dan, aku sudah tidak berselindung lagi untuk berjumpa dgn sesiapa.

Dan,kerana kesedaran itulah aku mahu Arisha fasih dlm bahasa Inggeris. Tapi,aku taknak dia lupakan benda yg paling penting dalam hidupnya, iaitu pegangan agama. Aku tak mahu anak aku tidak kenal huruf jawi,tidak tahu baca Al-Quran,tidak kenal apa itu doa. Dan, sekarang aku buat banyak research...dan aku jumpa Little Caliph, yg agak menepati citarasa dan kehendak aku.

Hermm....so kawan-kawan, sesiapa yg pernah hantar anak ke Little Caliph, mungkin boleh berkongsi pengalaman dgn aku. Aku masih mempertimbangkan antara Smart Reader dan Little Caliph. Kiter semua nak yg terbaik utk anak kita kan?? :))

Bila Arisha nak tiru mama

Sabtu lepas, bangun pagi, kemas tempat tidur, mandi. Aku, hubby dan Arisha masing-masing bersiap-siap....nak kejar show Kungfu Panda pukul 12.50 tgh kat Jusco Seremban. Ambil baju masing-masing atas katil dan pakai. Aku tinggalkan Arisha, pergi ke bilik sebelah. Lepas aku selesai make-up n tepek apa-apa yg patut kat muka, aku kembali ke bilik tidur.
Tapi, aku terhenti kat pintu bilik, melihat keletah Arisha depan cermin. Ambil bedak debu Baby Johnson, letak kat tapak tangan kiri. kemudian,berdiri depan cermin. Tak tahu apa yg dingomelnya seorang diri, pok pek pok pek...tak berapa jelas...sambil jari tangan kanan kuis sedikit bedak di tapak tangan, kemudian di sapu ke kelopak mata kiri. Kemudian, colek sekali lagi tapi kali nie sapu kat kelopak mata kanan. Mulut nya masih tak berhenti mengomel, bercakap sorang-sorang, tak pasti apa buah butirnya. Tak cukup kat mata, dicoleknya di pipi kiri dan kanan. Kemudian,senyum sorang-sorang, tanda puas....dibelek badannya, berpusing-pusing. Ditonggek sikit punggungnya, goyang-goyang, tegak kembali. Senyum. Tangan di letak ke pinggang, gelek-gelek, tegak kembali, senyum. Pandang sisi kiri,pandang sisi kanan. Dan kali nie senyuman tanda puas.

- "Haaa...Acha buat apa tue??"
+"Acha pakai make up mcm mama la....Acha kan nak cantik mcm mama. Kita kan nak jalan-jalan, kenalah pakai make up".
-"Acha make up pakai apa?"
+"Pakai bedakla...Acha kan kecik lagi, mana boleh pakai make-up mama. Nanti rosak muka Acha. Mama...cantik tak??", sambil tersengih-sengih.
-"Cantikkkkkk...gie tunjuk kat ayah. Tanya ayah, cantik tak"

Sambil berlari turun tangga...
-"Ayah...ayah...."
+"Iyeeeeeeeeeee....."
-"Ayah, cantik tak?", sambil berdiri depan hubby, tersengih-sengih. Aku senyum je. Nak tergelak pon ada.
+"Erk..Acha pakai apa nie?"
-"Pakai make up la...mcm mama...cantik tak?"
+"Cantik..tapi lagik cantik kalau Acha sapu muka jgn kasik comot-comot bedak tue".

Segera disapu muka, berdiri depan cermin, agak dah puas hati....
-"Ayah...dah sapu dah. Cantik tak?"
+"Cantikkkkkk......", hubby senyum.

Hermmmm...dah besar dah anak kami..............







New Employee Orientation yg bEsT

Huhuhuh...rasa macam lama sungguh tak ber blog nie. Busy sikit sebenarnya, khamis n jumaat lepas kena attend New Employee Orientation kat HP Campus  (walaupon rasanya dah tak baru dah as dah join sini lebih 2 bulan :P ). Bestla jugak orientation nyer, banyak games, group activities, byk info yg diberi n yg paling best aku dapat kawan-kawan baru dr division lain. Yg menariknya, dalam team aku, ada 5 org local - Anderson,Chan,Guri n Faizal (ulpsss...termasuk aku), Saima warga Pakistan and seorang lagi Rudy,dari Indonesia. So, mmg berpeluang la belajar ckp bahasa Indonesia mcm dlm TV tu. And Saima, aku kagum dgn dia yg boleh berbahasa Malaysia,walaupon perkataan yg diketahuinya agak terhad. Apa pun,aku rasa dlm banyak-banyak orientation yg aku pergi, this the BEST yg aku hadiri and paling well organize.

And, arini masuk opis....naaaaaahhh..nie dia panjang berjela email yg masuk,beratus okkkkk....naik pinau bijik mata nak baca satu persatu. Nampak gaya mcm kena bercinta dgn laptop arini.ades ades ades...

Ok guyz...nnt aku sambung berblog lagik ek,dah lama tak masuk opis nie. Banyak nak kena tgk n update diri sendiri, hehehehehe....cau cin cau....

Tuesday, June 7, 2011

Kawen,kawen,kawen...

Satu formula yg aku cipta.....

CUTI SEKOLAH=KENDURI KAWEN 

Asal cuti sekolah je,mmg kompomla merata-rata kiter boleh tengok n dapat jemputan kenduri kawen. Yg seronoknya,time niela klu nak rasa daging fresh n lauk-pauk yg hanya boleh didapati time kenduri (klu time lain buley gak dapat tapi 'feel' masa makan tu lain :P ). Selain dr tue,time niela kita nak jumpa kawan-kawan lama,saudara mara dan juga musuh lama,hahahaha....

Dan,utk cuti sekolah kali nie,aku sendiri tak terkecuali dr melibatkan diri dlm majlis kenduri nie. Yelah, majlis persandingan adik lelaki aku (majlis menyambut menantu). Masa dia bersanding,aku terbayang-bayang lagik masa kecik-kecik adik aku sorang nie suka betul main helikopter Airwolf yg pusing-pusing. Herm...dah besaaaar dah adik aku :))

Suasana kenduri nie memang meriahlaaa,korang tgk jela gambar kat bwh nie, mcm-mcm pose yg ada. Tapi,yg tak tahannya, sume sepupu termasuklah kakak dan abang ipar si pengantin yg terlebih 'over' berposing. Oppsss....rasanya sepupu aku yg sorang nie, cik Yana pon sama, hehehehe...
 

Cayang sakit mata

Huhuhuhu...cian hubby sakit mata. Semalam hubby jemput balik kije,masuk kete saya tgk mata kiri merah menyala. Saya tanya gatal tak?Dia cakap,tak gatal,tak sakit,takde rasa apa-apa. Nak kata kena gigit serangga,takde pulak bengkak atau bintat nyer. Malam tadi gi klinik,doktor cakap maybe ada jangkitan dalam mata.Dapatla ubat titik yg mcm biasa tu.

Pesan saya kat Arisha "Jangan dekat-dekat sgt ngan ayah tau. Nanti jangkit. Mama takde cuti,nanti kang Acha pon kena,susah nanti". So,dari malam tadi,Acha pandang ayah dr jauh je.Sebelum tidur cuma boleh hug mama. Sian,anak mama.Selalu sebelum tidur pipi kena gomol ngan ayah ye.Takpe,nanti ayah dah baik,Acha leh main muarhs,muarhs ngan ayah lagik yeee....

Monday, June 6, 2011

Bila 'citygirl' masuk kebun

Weekend baru nie,kami sekeluarga balik ke Segamat,Johor. Saja bercuti ke kampung sebelah husband,tukar angin.Lagipon,dah lama tak balik.Sesekali balik,terasa suasana tenang kat kampung,jauh dari hiruk-pikuk dan bunyi bising kat bandar. Sepanjang kat kampung,sempatla jugak kami bawak anak buah dan adik ipar ke Melaka,saja pusing-pusing.Yelah,diorang pun dah lama tak berjalan,jadi my hubby cakap why not sesekali bwk diorang pusing-pusing.So,antara tempat yg kami pergi ialah Planetarium Melaka,Melaka Cruise dan Mydin,hehehehe.
Tapi apa yg saya nak cerita sebenarnya,hari sebelum kami balik semula ke KL.Kira-kira lepas Asar,hubby bwk saya dan puteri kami,Arisha pergi ke kebun,naik motor.Saja tgk kalau-kalau ada durian yg gugur.Sampai di kebun,saya tunjuk pada Arisha,"Tu pokok durian.Durian kiter tak boleh petik,kena dia jatuh dulu,baru buley makan",Arisha angguk,sambil mata meliar tengok ke atas. Taktahu la plak dia faham ke tak.
Lepas tu,hubby sambung lagi perjalanan sampai ke kebun miliknya."Nie kebun ayah.Nanti klu Acha nak makan durian ke,manggis ke,kiter amik kat sinila.Tak payah beli-beli dah".Arisha angguk lagi.
Kami sambung lagi perjalanan,merentasi kebun getah.Baunyer Ya Allah,tuhan je yg tahu.Saya dengan selamba beritahu Arisha "Nie bau duit",sambil diikuti ketawa hubby.Arisha tetap diam.
Saya yg agak hairan bertanya padanya "Napa Acha diam?". "Acha mengantuuuukkkkkkkk",sambil menggosok matanya.Apa lagi saya dan hubby berderai ketawa.Nie mesti bukan kes mengantuk je nie.Nie mesti campur takut nie,yelah kiri kanan pokok besar-besar dan semak samun,belukar bagai.Alahai...nak buat macamana.Anak mama, anak orang bandar katakan :))



Friday, June 3, 2011

Putih & Pink

Ada orang tanya,kenapa mesti pilih putih dan pink? Hermmmm....kenapa ye? Ntahla..tapi sejak dari dulu warna kegemaran saya mmg putih.Masa zaman anak-anak dara dulu (ceh..ayat tak tahan), saya slalu pilih pakaian serba putih dr hujung rambut sampai ke hujung kaki sebab nampak berseri n bersih je.Lagipon,ada org kata tak semua org boleh pakai putih sbb susah nak jaga. Mungkin jugak kot.Tapi,pada mata saya,putih tu terlalu unik,cantik dan suci. Dan kenapa pula pink? Haaa...jangan silap.Pink pula saya hanya berminat dgn warna pink lembut ye,nampak sweet dan lembut.Jadi,bila digabungkan kedua-duanya pada saya cukup PERFECT!! Dan kerana itulah saya memilih warna pink dan putih sbg tema blog saya.

p/s Arisha selalu cakap,"Mama,girl-girl kena pakai pink,baru cantik" :))

AKU TIDAK SOLAT...TETAPI AKU TETAP BERJAYA.

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj? Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj? Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun.

Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia. Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab, “ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku” Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba. Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu? Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?” Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman.

Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil. Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya” Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…” Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Saya yakin tidak.. Anda tenang sekarang? Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya.

Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT. Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita. Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula. thx anis for sharing. (^_^)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Koleksi Resepi

Semua resepi kat bawah nie aku dah buat ujikaji, dah cuba masak dan dah rasa kesedapannya. Yang penting, resepi kat bawah nie sume yang mendapat pujian hubby :)) Kalau korang nak cuba, jom share sama-sama. Apalagi....

Say HELLO to My Princess, Nur Arisha Jessenia aka Acha

Say HELLO to My Princess, Nur Arisha Jessenia aka Acha
Aku ibarat pensil di atas kanvas...
Yang membentuk dan mewarnai kehidupan anakku....

Cuti-cuti Malaysia
Daisypath Vacation tickers