Pemilik/pencipta resepi : Iera Ariza
Hidangan : 3-4 orang
Bahan-bahan :
3-4 ekor Ikan Baung (saiz sederhana)
2 mangkuk santan (sederhana pekat)
2 biji kunyit hidup(sepanjang ibu jari)
15 biji cili padi (sebaiknya warna merah-boleh ditambah/dikurangkan mengikut tahap kepedasan)
1 sudu kecil serbuk kunyit
3-4 batang serai
2-3 keping asam keping (bergantung saiz)
1 ikat kecil daun kesum
2 biji limau nipis
Garam
Cara membuatnya :
- Basuh ikan baung dengan air asam jawa + limau nipis untuk buang hanyir ikan. Rendam seketika. Kemudian bilas dengan air bersih.
- Tumbuk cili api + kunyit hidup hingga lumat.
- Titikkan/tumbuk dan pecahkan sedikit serai.
- Masukkan santan + bahan yang ditumbuk + serai (dititik) + serbuk kunyit + asam keping + garam ke dalam periuk.
- Masak hingga mendidih menggunakan api perlahan. Sentiasa kacau untuk elakkan santan pecah.
- Masukkan ikan baung, satu demi satu.
- Ratakan kuah dengan ikan.
- Biarkan masak dan mendidih untuk 10-15 minit.
- Masukkan daun kesum. Biarkan 2-3 minit.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
**Tips :
- Jangan kacau kuah menggunakan senduk. Sebaliknya, angkat periuk sedikit, dan goyang-goyangkan supaya kuah rata dan mesra dengan ikan.
- Jangan masak ikan terlalu lama untuk mengelakkan ikan hancur. Untuk ikan bersaiz kecil, kurangkan masa mendidih/memasak selepas ikan dimasukkan ke dalam periuk.
Komen hubby : " Errmmm...memang terbaeeeekkkkkkk....."
Pages
About Me
- Iera Ariza
- A Wife? Mother? Lover? Career woman? Counselor? Bionic Women? 'Tiger'? It's all me....
I can be as cool as ICE and as fierce as LION. I can be a very LOVING person and I can be the person that you HATE most.
I can be your BEST FRIEND, and also I can be you 'BEST' ENEMY.
My hubby always said to me "If you said you want sumthing, it means YOU REALLY WANNA HAVE IT!"
Well,thats what I am :))
Sunday, May 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semua resepi kat bawah nie aku dah buat ujikaji, dah cuba masak dan dah rasa kesedapannya. Yang penting, resepi kat bawah nie sume yang mendapat pujian hubby :)) Kalau korang nak cuba, jom share sama-sama. Apalagi....
Jom, kiter ke Dapur!
Say HELLO to My Princess, Nur Arisha Jessenia aka Acha

Aku ibarat pensil di atas kanvas...
Yang membentuk dan mewarnai kehidupan anakku....
Yang membentuk dan mewarnai kehidupan anakku....
request kt kg nnt kak long masak...errmmmmm...mmg terbaek....
ReplyDeletep/s : baek punyer......=)
Muahahaha..kalau kat lenggong mahu satu kawah kena masak baru cukup...kuikuikui...
ReplyDelete