Nur Arisha Jessenia

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

"Berikan anak-anak pelukan setiap hari – terdapat kajian yang menyatakan bahawa anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk. Apabila anak-anak dipeluk,mereka akan sedar bahawa ibu bapa sayangkannya. Anak-anak juga akan tahu bahawa ibu bapa sentiasa menjadi penyokong mereka"

About Me

My photo
A Wife? Mother? Lover? Career woman? Counselor? Bionic Women? 'Tiger'? It's all me....

I can be as cool as ICE and as fierce as LION. I can be a very LOVING person and I can be the person that you HATE most.

I can be your BEST FRIEND, and also I can be you 'BEST' ENEMY.

My hubby always said to me "If you said you want sumthing, it means YOU REALLY WANNA HAVE IT!"

Well,thats what I am :))

Thursday, August 11, 2011

Doktor letak?

Semalam lepas berbuka puasa, bersantai-santai depan televisyen sambil lipat-lipat kain:

Acha : Mama,mama...kawan acha katakan, nanti mama dia dah nak ada baby.
Aku : Oh, yeke? Bila dia cakap?
Acha : Tadi, dia cakap kan, dalam perut mama dia dah ada baby. Tapi, baby tu tak keluar lagi sebab baby tu kecik lagi.
Aku : OooOOoo..
Hubby : Acha, camne perut mama dia boleh ada baby ?(Saja je hubby ni tau, sambil senyum nakal kat aku)
Acha :  Laaa....doktor letak la. Doktor letak dalam perut mama dia sebab tu ada baby.
Aku : Hah??!!
Hubby : (sambil ketawa) Abis tu, kalau perut mama nanti, camne pulak perut mama boleh ada baby?
Acha : Ishk..kan Acha dah cakap tadi. Doktor yang letak. Kalau perut mama ada baby, maknanya doktor letak jugak dalam perut mama la. Napa tanya banyak-banyak kali, kan Acha dah jawab tadi, doktor letak (sambil muka sedikit berkerut)
Aku : (dah tak tahan gelak) OoooOoo..maknanya perut kalau ada baby tu, doktor letak la?
Acha :Yela...kan Acha dah jawab tadi (suara dah macam nak nangis, tensen kot kena jawab soalan yg sama...hehehehe).
Hubby : Habis tu, dalam perut ayah ada baby tak?
Acha : Ayah kan lelaki, baby mana boleh duduk dalam perut lelaki. Perut ayah ada baby makanan je (cerdik jugak budak nie)
Hubby : Abis tue, perut sapa boleh ada baby?
Acha : Perut perempuan-perempuan je boleh ada baby. Perut laki-laki tak boleh ada baby, ada makanan je.
Hubby : Tapi, Acha kan perempuan, perut Acha ada baby jugakla nie? (Hubby saja nak test lagik)
Acha : Ishk, mana boleh. Perut mama je boleh ada baby. Acha kan kecik lagi, mana boleh ada baby. Ada baby makanan je.
Aku : Tapi, perut mama sekarang takde baby lagi. Ada makanan je.
Acha : Takpe, nanti mama sakit perut, kita pergi klinik, Acha suruh doktor letak baby dalam perut mama, ok?

Aku dan hubby mati kata. Bantai gelak jela....boleh tahan cerdik pemikiran si kecil nie :)))
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Koleksi Resepi

Semua resepi kat bawah nie aku dah buat ujikaji, dah cuba masak dan dah rasa kesedapannya. Yang penting, resepi kat bawah nie sume yang mendapat pujian hubby :)) Kalau korang nak cuba, jom share sama-sama. Apalagi....

Say HELLO to My Princess, Nur Arisha Jessenia aka Acha

Say HELLO to My Princess, Nur Arisha Jessenia aka Acha
Aku ibarat pensil di atas kanvas...
Yang membentuk dan mewarnai kehidupan anakku....

Cuti-cuti Malaysia
Daisypath Vacation tickers