Nur Arisha Jessenia

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

"Berikan anak-anak pelukan setiap hari – terdapat kajian yang menyatakan bahawa anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk. Apabila anak-anak dipeluk,mereka akan sedar bahawa ibu bapa sayangkannya. Anak-anak juga akan tahu bahawa ibu bapa sentiasa menjadi penyokong mereka"

About Me

My photo
A Wife? Mother? Lover? Career woman? Counselor? Bionic Women? 'Tiger'? It's all me....

I can be as cool as ICE and as fierce as LION. I can be a very LOVING person and I can be the person that you HATE most.

I can be your BEST FRIEND, and also I can be you 'BEST' ENEMY.

My hubby always said to me "If you said you want sumthing, it means YOU REALLY WANNA HAVE IT!"

Well,thats what I am :))

Sunday, May 1, 2011

Kuah Kicap Lada Hitam (Pencicah)

Pemilik/pencipta Resepi : Hubby
Hidangan : Seisi keluarga

Bahan-bahannya :
1 tangkai kecil lada hitam (berwarna hijau -yang dipetik dari pokok)
1/2 mangkuk kecil kicap manis
1 sudu kecil cuka makan
1/2 biji bawang besar
2-3 biji cili api

Cara membuatnya :
- Tumbuk lada hitam + cili api sedikit. Jangan biarkan hancur, cukup sekadar keduanya pecah sedikit.
- Tuang kicap manis ke dalam mangkuk.
- Hiris bawang besar  dengan sederhana tebal.
- Masukkan bahan tumbuk + bawang besar yang dihiris ke dalam mangkuk berisi kicap.
- Masukkan cuka makan.
- Kacau hingga sebati.
- Sedia untuk dihidangkan

Tips:
- Cuka makan boleh digantikan dengan 1/2 biji limau nipis.
- Sekiranya tiada lada hitam yang fresh (berwarna hijau), boleh digantikan dengan 3-4 biji lada hitam kering (yang biasa terdapat di kedai runcit).
- Bilangan cili api dan lada hitam boleh diubah mengikut tahap kepedasan masing-masing.

Komen ayah aku : "Macamana sepul buat kuah kicap aritu?" (maknanya sedap la kan?kan?hehehehe...)

Pajeri Terung

Hidangan : 3-4 orang

Bahan-bahan :
3-4 biji terung panjang
2 sudu besar rempah kari daging (seeloknya Alagappas)
2 cawan santan pekat
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah @ 1/2 biji bawang besar
Sedikit minyak
1/2 keping gula melaka (mengikut tahap kemanisan)
Garam

Cara membuatnya :
- Kisar bawang putih + bawang besar/bawang merah + udang kering. Setelah hancur, campurkan dengan rempah kari dan gaul hingga mesra.
- Terung dipotong dua.
- Tumis bahan kisar + rempah kari + kulit kayu manis + bunga cengkih + bunga lawang sehingga pecah minyak.
- Masukkan santan dan biar sehingga sampai mendidih. Senantiasa kacau perlahan-lahan untuk mengelakkan santan pecah.
- Masukkan terung + garam + gula melaka. Masak sehingga kuah pekat.
- Rasa masin dan manisnya. Kalau ada yang terkurang, bolehlah diubah mengikut kesesuaian citarasa masing-masing.

**Setiap gula melaka mempunyai kemanisan yang berlainan. Tukar sukatan gula melaka mengikut kehendak/selera masing-masing.

Komen hubby  :  "Sedap...nanti lain kali boleh buat lagi"

Ikan Baung Masak Lemak Cili Api

Pemilik/pencipta resepi : Iera Ariza
Hidangan : 3-4 orang

Bahan-bahan :

3-4 ekor Ikan Baung (saiz sederhana)
2 mangkuk santan (sederhana pekat)
2 biji kunyit hidup(sepanjang ibu jari)
15 biji cili padi (sebaiknya warna merah-boleh ditambah/dikurangkan mengikut tahap kepedasan)
1 sudu kecil serbuk kunyit
3-4 batang serai
2-3 keping asam keping (bergantung saiz)
1 ikat kecil daun kesum
2 biji limau nipis
Garam

Cara membuatnya :
- Basuh ikan baung dengan air asam jawa + limau nipis untuk buang hanyir ikan. Rendam seketika. Kemudian bilas dengan air bersih.
- Tumbuk cili api + kunyit hidup hingga lumat.
- Titikkan/tumbuk dan pecahkan sedikit serai.
- Masukkan santan + bahan yang ditumbuk + serai (dititik) + serbuk kunyit + asam keping + garam ke dalam periuk.
- Masak hingga mendidih menggunakan api perlahan. Sentiasa kacau untuk elakkan santan pecah.
- Masukkan ikan baung, satu demi satu.
- Ratakan kuah dengan ikan.
- Biarkan masak dan mendidih untuk 10-15 minit.
- Masukkan daun kesum. Biarkan 2-3 minit.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

**Tips :
- Jangan kacau kuah menggunakan senduk. Sebaliknya, angkat periuk sedikit, dan goyang-goyangkan supaya kuah rata dan mesra dengan ikan.
- Jangan masak ikan terlalu lama untuk mengelakkan ikan hancur. Untuk ikan bersaiz kecil, kurangkan masa mendidih/memasak selepas ikan dimasukkan ke dalam periuk.

Komen hubby : " Errmmm...memang terbaeeeekkkkkkk....."

Sambal Belacan Cili Api

Hidangan : Seisi Keluarga
Pemilik/pencipta : Iera

Bahan-bahannya :
15-20 biji cili api (seeloknya yang kecil, lebih pedas)
1/2 inci belacan
Sedikit asam jawa
1 biji Limau nipis
1/2 sudu kecil gula (boleh ditambah untuk mengurangkan tahap kepedasan)
Sedikit air

Cara membuatnya :
- Buang tangkai cili api.
- Tumbuk cili api + belacan hingga lumat.
-  Campurkan asam jawa + air ke dalam mangkuk. Ramas dan campur hingga rata.
- Potong dua limau nipis dan perah untuk diambil airnya.
- Masukkan air asam jawa + perahan limau ke dalam cili api yang telah ditumbuk tadi.
- Masukkan gula. Tumbuk sedikit untuk menghancurkan gula.
- Kacau hingga mesra.
- Rasa manis dan tahap kepedasannya.
- Sedia untuk dihidangkan.

Tips:
- Kurangkan jumlah cili api dan tambah gula mengikut tahap kepedasan yang diinginkan.
- Cili api boleh digantikan dengan 5-6 biji cili merah sekiranya inginkan sambal belacan yang kurang pedas. Bagi penggunaan cili masak, jangan masukkan terlalu banyak gula untuk mengelakkan sambal belacan menjadi terlalu manis.
- Pilihlah belacan yang berbau harum/wangi untuk mendapatkan sambal belacan yang sedap. Antara belacan yang sering saya gunakan ialah 'Belacan Ibu' yang saya beli di Melaka.

Ikan Siakap Pengantin Baru

Pemilik/pencipta : Nelly (Cik Biru Laut)
Hidangan : 3-4 orang

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (saiz sederhana)
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar cili boh (boleh lebih kalau nak lebih pedas)
Sedikit cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit minyak masak untuk menggoreng
Sedikit garam
Sedikit gula
Nenas dalam tin  (seeloknya Ayam Brand)

Cara membuatnya: 
- Lumurkan garam + kunyit pada ikan siakap. Biarkan selama 15 minit.
- Panaskan minyak. Bila sudah panas, masukkan ikan siakap tadi. Goreng dalam minyak yang banyak.
- Bila dah agak garing, angkat.
- Keluarkan minyak daripada dalam kuali tadi dan tinggalkan sedikit sahaja minyak di dalamnya.
- Kisar bawang putih + bawang besar.
- Panaskan kembali minyak goreng ikan tadi.
- Tumis cili boh sehingga agak garing.
- Bila dah cukup garing, masukkan bahan yg dikisar tadi.
- Masukkan air sedikit.
- Masukkan garam + gula secukup rasa.
- Masukkan cili padi + nenas + sos cili + sos tomato.
- Kacau dan rasa masin manisnya.
- Dah cukup rasanya, tuangkan kuah ke atas siakap goreng tadi.
- Sedia untuk dihidangkan.

Tips:
- Hadkan penggunaan sos untuk mengelakkan masakan jadi ikan siakap masak sos. Cukup sekadar untuk pekatkan kuah sahaja.
- Kalau sukakan lebih kuah, tambah air dan jangan biarkan kuah kering.
- Sekiranya tiada nenas, boleh digantikan dengan sos plum.
- Buat mereka yang tak suka cili boh, boleh gantikan dengan cili kering. Kuantiti bergantung tahap kepedasan masing-masing.

Komen aku : "Sedap dan pedas. Mintak tambah kuah sikit lagi"
Komen hubby : "Mintak resepi kat Neli,nanti boleh masak kat umah"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Koleksi Resepi

Semua resepi kat bawah nie aku dah buat ujikaji, dah cuba masak dan dah rasa kesedapannya. Yang penting, resepi kat bawah nie sume yang mendapat pujian hubby :)) Kalau korang nak cuba, jom share sama-sama. Apalagi....

Say HELLO to My Princess, Nur Arisha Jessenia aka Acha

Say HELLO to My Princess, Nur Arisha Jessenia aka Acha
Aku ibarat pensil di atas kanvas...
Yang membentuk dan mewarnai kehidupan anakku....

Cuti-cuti Malaysia
Daisypath Vacation tickers